BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 25, 2010

Pertengahan Ramadhan

Salam...Allahuakbar, tanpa kita sedari dah masuk pertengahan ramadhan umat islam menunaikan ibadah puasa. Alhamdulilah, dengan berkat kesabaran dan rahmat di bulan yang mulia ini kita dapat menunaikan ibadah, dengan suasana yang aman dan tenteram di negara tercinta ini. Walaupun harga barang semakin meningkat, tapi tidak menjadi masalah atau kekhuatiran yang terlalu serius. Begitulah hakikatnya, saban tahun yang kita hadapi bila menjelang musim perayaan. Harga barang naik melambung-melambung. Tapi pengguna terpaksa juga membeli kerana barangan yang digunakan merupakan keperluan hidup yang perlu dipenuhi. Kita di Malaysia ini masih lagi beruntung, dalam kemelesetan ekonomi kita masih boleh hidup mewah dan boleh dikatakan agak senang. Jika hendak dibandingkan dengan negara-negara Asia yang lain..mungkin kita ini digologan yang bernasib baik. Seharusnya kita bersyukur kerana nikmat yang Allah kurniakan ini, adalah keagunganNya dan rahmatNya yang tidak terhingga.

Di Mesir sekarang, keadaan ekonomi yang tidak menentu sehingga baru-baru ini Nurin ada terbaca di akbar yang menyatakan bekalan gandum tidak mencukupi di sana. Harga gandum naik berlipat kali ganda kerana kekurangan bekalan. Pembekal gandum ketiga dunia iaitu Rusia tidak lagi mengesport gandum ke negara-negara seperti Mesir yang menjadikan roti sebagai makanan ruji kerana mengalami musim kering yang serius sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Rusia telah mengharamkan pengeskportan sementara untuk memastikan bekalan makanan dalam negaranya mencukupi sehingga musim yang seterusnya. Tidak dengan dugaan bekalan makanan yang tidak mencukupi masalah air dan elektrik juga turut dialami rakyat di sana. Itu baru Mesir, belum lagi negara-negara lain seperti Palestin, Pakistan... yang kita sudah sedia maklum akan kehebatan ujian buat mereka. Sesungguhnya, walau apa pun dugaannya, walau apa pun masalahnya kita haruslah terima dengan hati yang tenang.




So,dalam bab membeli belah ni kita haruslah berfikir panjang sebelum membeli, lebih-lebih lagi hari raya yang kian menjelang hanya tinggal lebih kurang 2 minggu lagi. Berbelanja dengan berhemah...bukan hanya berjimat saja. Di dalam keadaan meleset ini sebenarnya kita digalakkan berbelanja kerana ianya dapat merangsang pertumbuhan ekonomi dengan menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi seperti berjual beli ini. Tetapi bukanlah sifat boros yang diutamakan...rancanglah setiap pembelian supaya segala sumber yang terhad digunakan dengan sebaik-baiknya untuk kesejahteraan hidup kita.

0 comments: