BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 29, 2011

Marhaban Ya Ramadhan



Salam..insyallah dengan izin Allah 1 Ramadhan bakal menjelang tiba hanya tinggal beberapa hari saja. Terasa ketenangan dan kebahagian menerebos perasaan ini..syukur pada Allah semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa pada tahun ini dengan penuh keinsafan dan ketakwaan. Pada bulan yang penuh keberkahan ini Nurin berharap sangat dapat melakukan ibadah puasa dengan mudah. Ini tahun pertama nurin menyambut ramadhan bersama suami tercinta rasa teruja dan gembira sangat ^_^ dan kali pertama berbadan dua..hehe. So baby kena puasalah ye..insyallah semoga Allah permudahkan buat nurin untuk menghadapi segala dugaan sepanjang bulan ramadhan ini.

Alhamdulilah, nurin bersyukur dengan nikmat yang diberi..semoga ramadhan ini bukanlah kali terakhir untuk kita semua. Salam ramadan buat sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang mengenali diri nurin terutama buat suamiku yang tercinta..semoga Allah menerima amalan dan ibadah kita disepanjang bulan yang mulia ini.Insyallah kita akan menyambut ramadhan kali ini berdua dan tahun depan bertiga ^_^ termasuklah raya..hehe

Wednesday, July 27, 2011

Aktif dan Sihat

Salam...semalam nurin pergi scan baby. Kalau ikut perancangan memang nurin dan hubby nak buat scan 4D tetapi tetiba hubby cakap dia takut nak tengok..huhu, nak tengok 4D boleh, tapi nurin kena tengok sorang2 ler katanya..ada ke patut??hehe..so lastly kami buatlah scan biasa 2D je..oklah yang penting dapat tengok baby sihat, sifat dan berat badannya bertambah. Sebelum doktor scan pukul 11 lebih pagi semalam, nurin awal2 lagi kejut baby suruh dia bangun. Takut nanti baby tidur masa scan...hehe, pada hal hari sebelumnya dari pagi sampai malam baby asyik gerak pusing2..suka sangat kot^_^ nurin lah tak tahan kalau baby asyik tendang sana-sini jer.



Bila doktor scan jer..baby bukan main aktif lagi, terkangkang2 kakinya..hehe,tangan bukan main lagi. Doktor cakap "aktif sungguh baby ni..awak tak rasa ke?" huhu..mana tak rasa menahan je ibunya ni. Doktor terangkan dengan jelas berkenan dengan baby..muka,mata,hidungnya..tangan dan kaki..degupan jantungnya..semuanya dalam keadaan yang baik. Cuma seperti sebelumnya baby nurin memang pemalu. Walaupun kakinya dah terkangkang tapi tali pusatnya betul2 kat atas baby punya 'tut' hehehe..so tak nampak ler sama ada boy or girl...hampa juga. Kalau tidak semalam kami dah pergi shopping sikit baju baby^_^ excited sangat nak membeli ni...


Sepatutnya kedudukan baby, kepala dibawah dan kakinya di atas tapi sekarang baby duduk songsang..kepala kat atas dan kaki kat bawah..huhu doktor cakap insyallah baby akan pusing memandang baby baru jer 24 minggu, sama-samalah kita doa semoga baby geraklah.Janganlah duduk kat sebelah kanan ibunya jer..nurin kerap kencing sebab kakinya betul2 kat pundi kencing nurin..tapi rasa takut juga bila doktor cakap kalau dah masuk minggu 34 baby tak pusing juga ,makanya baby akan kekal begitu dan kesudahannya operationlah..wah! takutnya..camner nak buat supaya baby pusing?


Disebabkan kedudukan baby begitu,nurin memang rasa tak selesa..tapi apa boleh buat. Sekarang ni nurin selalu cakap dengan baby, suruh dia pusingkan badannya..hehe.Insyallah..mudah2an Allah permudahkan segalanya buat kami semua. Bimbang juga dalam keadan begini macam2 nurin fikirkan,maklumlah 1st time...senarai barang2 baby semua nurin dah buat,tinggal nak pergi beli je.


Tak sabarnya nak shopping barang baby..hehe,cute2 semua.Lagi2 barang baby girl..wah!bersinar2 mata nurin tengok ^_^ duit pun macam air ler lepas ni..takpe bukan selalu kan hubby setahun tak sekali..hehe.

Thursday, July 21, 2011

1st "kick" for Daddy

Salam..nak cerita sikit pasal malam tadi,baby nurin sekarang dah mula kuat menendang sana sini ^_^ seronok sangat. Kadang-kadang tu sampai terperanjat2 nurin dibuatnya bila baby tendang mengejut. Baby dah besar sekarang ni, tu yang main guling-guling kot kat dalam tu..hehe tapi kadang-kadang baby senyap je,yelah dah penat main tido le pulak kan..bila baby senyap nurin pulak risau,siap panggil2 baby lagi suruh dia gerak..tapi setiap kali nurin panggil baby, pasti tidak mengecewakan. Baby akan menyahut dengan gerakkan 2,3 kali walaupun perlahan^_^ comel sangat...hehe



Selalunya setiap kali baby bergerak nurin akan beritahu hubby,baby gerak banyak kali ke..sikit ke. Pagi ke..petang ke..baby nurin ada jadual sendiri. Kalau belah pagi baby duk diam jer..tapi kalau dah pukul 11 or 12 mulalah dia aerobik kat dalam..hehe,biasalah dah tengahari..lapar minta makan...nanti dah lepas makan dalam pukul 2 baby akan gerak sampai pukul 4..lepas tu senyap sampai ler ke malam nak tido baru ler dia gerak sikit. Tapi dalam sehari dua ni pergerakkan baby dah berubah sikit..ubah angin kot ^_^ sekarang ni dia pagi2 kalau nurin bangun, baby dah bangun juga.Rasa baby gerak lembut jer..lepas sarapan pun baby akan gerak juga. Malam tadi lagi ligat dia pusing2..hehe



Hubby tak pernah dapat rasa kalau baby gerak. Banyak kali juga dia letak tangan kat puyut nurin sebab nak rasa gerakkan tu.Tapi baby ni macam pandai pulak,kalau ayahnya letak tangan jer baby terus senyap..hehe, cian ayahnya..sampai nurin cakap "baby..ayah lah nak, geraklah ayah nak rasa" tapi sunyi dan sepi je. Bila hubby angkat tangan baru baby gerak semula..hehe.



Malam tadi baby ligat bergerak,ntah nape.. sampai nurin senyum sorang-sorang menahan baby gerak.Masa nak tido tu nurin suruh hubby letak tangannya kat perut nurin..dengan kuatnya baby "kick" ha! terperanjat hubby.."baby ke tu?" hehehe tulah baby yang duk gerak tu..1st kick for daddy ye nak..cam tendang bola jer..hehe



Walaupun nurin masih lagi belum tahu jantina baby, tapi kami berdua tak kisah sangat. Yang penting baby sihat dan selamat dilahirkan ke dunia ini. Hubby nurin dah rancang nak antar nurin bersalin ke hospital swasta..but nurin tak kisah pun, swasta ke ..kerajaan pun ok je. Asal hubby ada kat sebelah nurin, masa nurin tengah sakit nak bersalin, tu yang penting..huhu. Hanya pada Allah kami panjatkan doa dan harapan agar anak yang dikurniakan ini menjadi anak yang baik dan soleh..menyejuk mata hati bonda dan ayahanda.

Thursday, July 14, 2011

Jom tengok..cumilnyeeeerr

nduuukkk..cumilkan, siap senyum lagi...huhu




Kasian ini anak macam sejuk saja...huhu



version terponggeng
yang cute miut gitu..hehe^_^





Ala-ala cian ye nantok ye baby...




amboi! posing kalah model..huhu




Yang ni lak apa kes..dah macam dalam sarang burung!..hehe


Wednesday, July 13, 2011

Aktiviti Masa Lapang

Salam..alhamdulilah,syukur dengan nikmat yang diberi Allah..nikmat kesihatan yang tidak terhingga ini haruslah di syukuri bagi setiap hamba Allah. Masa berlalu dengan pantas sekali, tanpa kita sedari umur kita semakin menganjak senja..badan pun mungkin tidak sekuat dulu. Tidak sama masa kita muda remaja dulu,boleh bersukan..lari sana sini, main bola sepak,bola jaring,lari pecut semuanya no problem langsung. tapi semakin umur meningkat ini bukan saja tiada masa untuk melapangkan diri tapi badan sudah mula rasa sakit2 sana sini.Belum lagi tua gayut tu ^_^ Mungkin disebabkan gaya kehidupan seseorang mempengaruhi kesihatan badan yang kadang-kala memberi kesan jangka masa panjang.


Hujung minggu yang lalu, projek yang dirancang berjalan dengan "jayanya"..hehe, hari sabtu nurin menguli " blueberry cheese tart" dengan hubby nurin yang duk celam-celum...kejap ada kejap takde macam biskut chipsmore^_^ nak tengok hasilnya..kita tengok gambarnya dulu..


Apa macam cantik tak ??boleh jual tak..hehe


Cheese tart ni nurin buat satu adun jer, dapatlah 12 biji..banyak juga,besar2..puas makan. lain kali kalau nak buat lagi nurin nak buat kecil sedikit dari yang ini. Hubby nurin siap bawa tempat keje lagi bagi kawan-kawannya rasa. Semua puji sedap ^_^ sampai ada yang nak ambil order lagi tu..hehehe. Alhamdulilah hubbyku suka sangat makan. Rasanya dia jer yang duk makan,yelah kami berdua jer kat rumah. Nurin suka tengok hubby makan, tu yang rajin nak buat lagi tu...


Hari ahadnya pula, nurin buat tart nenas..masak inti sendiri tak banyak pun 4 biji nenas jer tapi terlupa pulak nak snap gambar inti. Hubby nurin snap gambar tart jer..mari kita tengok



Ni dah siap bakar...bolehlah layan...^_^ dah ada tempahan ni..


Tart nenas ni pun buat satu adun jer..cukuplah untuk makan sendiri dan bagi2 kawan hubby kat opisnya. Lepas tu adalah yang dah bertanya nak pesan untuk raya..hehe. Tengoklah dulu keadaan nurin, kalau sihat dan berdaya nak buat..insyallah, tidak boleh janji apa2 maklum ler orang mengandung ni bukan boleh duga dan jangka kesihatannya.

Yang ni pulak nurin edit gambar-gambar minggu lepas masa buat beef lagsana dan puding. Kita layan gambar jelah..bendanya dah abis pun..hehe tapi alhamdulilah semuanya abis dimakan. Siap boleh bagi kawan2 rasa oklah tu..


Beef Lagsana..hubby cakap sedap,siap request esok buat lagi ni..^_^


Eagless Caramel Puding...

N


N


N


N

N

Puding Tembikai


Resepi puding nurin ambil kat blogger yang memang aktiv masak memasak..contohnya mat gebu, hasue, kak ummi..terima kasihlah kongsi resepi yang sedap ni. Tapi Nurin tak pasti dari blogger mana nurin ambil resepi ni sebab dah ramai sangat pergi rujuk^_^ mereka ni semua memang pakar masak memasak, kuih menguih..kek "mengekek" ..hehe gambar ni semua hubby nurin yang snap..nurin malas sikit nak mabil gambar. So far resepi yang ambil kat blogger ni semua menjadi cuma kita nak kena pandai agak-agak juga dan ikut citarasa sendiri. Well thanks for my hubby kerana menghargai setiap masakan nurin and coming soon our baby pulak tukang makan apa yang mummynya masak..ada geng ler cinta yer..hehehe

Friday, July 8, 2011

Agenda baru

salam...rasa seminggu lamanya tidak mencoretkan apa-apa. Bukanlah bz sangat tapi tak tahu apa yang nak dicoretkan. Keadaan baby macam biasa, dah mula rasa pergerakannya dalam minggu ini. Walaupun perlahan saja gerakannya tapi kadang-kadang nurin terperanjat juga, apa tidak,kalau nurin lambat makan saja mulalah baby tendang dengan kuatnya ^_^ terasa sangat..biar betul!macam tak percaya ada orang tendang perut kita..hehe. Hari ni baby senyap jer mungkin kejap lagi baby bangun ler tu.


Kebelakangan ini Nurin ada "agenda baru" hubby nurin baru je belikan oven untuk nurin. Apa lagi, banyak ler order menu darinya ^_^ Boleh tahan le ordernya..lagsana, cheese cake, blueberry cheese tart..minggu lepas nurin buat 2 jenis puding, eagless caramel puding dan puding tembikai. Hari isnin lepas nurin buat beef lagsana untuk hubby nurin..bukan main suka lagi hubbyku. Siap ambil gambar..huhu. Semualah nurin masak, dialah sibuk ambil gambar, puding le, sup le, bubur nasi pun jadi mangsa bergambar..hehe. Bukanlah sedap pun masakannya tapi hubbyku memang minat betul me"memori "kan segala masakanku. Hari ini nurin tak sempat pula nak mengeditkan gambar2 masakan nurin, lain kali sajalah jika ada kesempatan ye..


Weekend ni memang sudah pun ada perancangan untukku. Suamiku dah tak sabar-sabar nak buat blueberry cheese tart. Nurin yang buat, hubby tukang bantu cuci-cuci, sukat-sukat..dan tukang komen!^_^ banyak agenda hujung minggu ni, ntah larat atau tidak nurin ke dapur. Harap-harap sihatlah hendaknya. Badan nurin sekarang makin penat, cepat betul letih..semakin kandungan membesar terasa "berat" yang dipikul. Kalau orang tengok macam tiada apa2, tapi kita yang menanggung. Walaubagaimana pun, nurin bersyukur sangat kerana suami nurin banyak membantu, cuma hubby malas betul nak tolong picit. Kalau diminta picit or gosok-gosok belakang badan..macam2 alasan diberi,huhu. Kadang2 merajuk juga, bila hubby buat tak tahu..tapi selalunya hubbyku cakap jer tak mahu tapi lepas tu picit juga bila tengok nurin dah buat muka seposen!hehehe..


Bulan depan umat islam sudah mula berpuasa, tak sabar menunggu kedatangan ramadhan yang mulia. Terasa keseronokkan, keindahan, keinsafan dalam bulan yang penuh barakah ini. Harap2 nurin laratlah, takut juga dalam keadaan berbadan dua ni tak larat pula nak berpuasa.Insyallah kalau Allah izin dan diberi kekuatan serta kesihatan selain membuat ibadah sepanjang ramadhan ini, nurin plan nak buat tart nenas. Tart nenas ni memang tradisi keluarga nurin. Keluarga nurin ramai yang berniaga tart nenas ni..malah nurin dulu pun rajin juga membuat dan menjualnya masa bekerja dulu. Tapi setelah sekian lama nurin "bercuti" maka projek uli menguli kuih ni akan bermula semula nampaknya^_^ tunggu sajalah kejadian tart nenas nurin, nanti nurin editkan gambarnya.


Thursday, June 30, 2011

Surat Untuk Tuhan

Salam...


Tuhan,

Hatiku sayu sekali hari ini,

Sekian kalinya airmata ini jatuh lagi,

Kenapa begini ya Tuhan?

Inikah dugaanmu disetiap kesalahanku?


Tuhan,

Kuatkan hatiku untuk menghadapi segala-segalanya,

Walauapa pun berlaku, aku akan terus redha dengan ujianmu,

Biarlah rasa ini terpendam, terasa sakitnya bagai sembilu menghiris hati,

Kalau airmata bisa mengurangkan kesedihan ini,

Aku ingin menangis sepuas hatiku.


Tuhan,

Sekiranya perkara ini hanya untuk menguji kesabaranku,

Jadikan aku insan yang sabar dan terus bersabar,

Walaupun aku tahu kelemahanku,

Jika perkara ini menjadikan pengajaran buatku,

Maka biarlah aku pasrah dan redha menerima,

Apa yang sepatutnya aku harus terima.


Tuhan,

Aku tidak kuat, maka Kau tolonglah aku,

Bukan mataku saja yang mengalirkan airmata,

Tapi hatiku jua turut menangis hiba dan sendu,

Pada siapa ingin aku mengadu Tuhan?

Kalau bukan hanya padaMu,

Kerana manusia juga tidak boleh menghapuskan

segala kehibaanku.

Monday, June 27, 2011

Hikmah disetiap kejadian



salam...perasaan nurin susah untuk digambarkan saat ini. Semuanya bercampur baur. Tapi apa yang pasti Nurin tahu setiap peristiwa yang berlaku pasti ada hikmah dan kebaikan untuk kita..untuk hidup kita. Semalam ada sesuatu yang berlaku dalam hidup yang sedikit sebanyak menyentuh perasaan nurin. Ada perasaan sedih,duka, gembira dan macam-macam rasa. Tapi yang pasti setiap yang berlaku ada kebaikan untuk diri dan keluarga nurin. Alhamdulilah kerana Allah memudahkan segalanya, sifat redha dan sabar acapkali kedengaran mengingatkan nurin bahawa dunia ini hanya sementara saja tiada satu pun yang kekal.


Kejutan demi kejutan Nurin terima sejak minggu lepas hinggalah hujung minggu yang baru saja berlalu. Setelah sekian lama, dengan izin Allah Nurin dapat berjumpa dengan anak buah nurin yang sudah lama terpisah. 8 tahun satu jangka masa yang lama, dari sekecil dia 2 tahun tidak dapat bertemu kini sudah besar panjang..cantik dan comel. Tiha..itulah namanya,anak comel semakin meniti menjadi anak dara sunti tu sudah pandai bergaya, pandai berkata-kata tak ubah ketika dia masih kecil lagi. Seingat nurin, masa tiha 2 tahun..dia suka menyanyi. Lagu kegemarannya lagu "tanggal 31" lagu kemerdekaan tapi sudah diubah liriknya menjadi "tanggal bulu ketiak aku" ^_^ kecil2 lagi sudah pandai melawak dan buat orang tersenyum.


Nurin rasa terharu dengan kehadiran insan yang nurin rindu walaupun kedatangannya penuh dengan makna tapi sesungguhnya dia juga tahu bahawa inilah yang terbaik untuk semua pihak. Dalam kesibukan melayan perasaan, sempat juga nurin memasak untuk tetamu. Hidangannya bukanlah istimewa sangat, sekadar bihun sup dan kuih kegemaran kami "gegetas". Arwah ibu selalu buat kuih ni, dan setiap kali buat kuih ingatan nurin akan jauh melayang teringatkan ibu. Satu lagi kuih yang biasa ibu buat "tepung gomak" memang sedap kalau ibu yang buat, tiada siapa yang dapat menafikannya.


Saat ini Nurin hanya berdoa semoga kami akan sentiasa bahagia, hidup dalam limpah dan rahmat Ilahi. Semoga segala kasih sayang dan pengorbanan yang dilalui merapatkan lagi hubungan silatulrahim yang sekian lama terpisah.

Friday, June 24, 2011

Babyku pemalu...



Salam..apa khabar semua? diharapkan semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Nurin dan suami alhamdulilah..baby pun sihat-sihat juga. Tapi baby nurin pemalulah..huhu, hari rabu lepas kami berdua ke pusat rawatan untuk check up dan lepas tu scan baby sekali. Ayah baby sikit punya excited nak tengok anaknya ^__^ hehe. Nurin pun tak sabar nak tengok bagaimana perkembangan baby. Pagi-pagi lepas solat subuh, hubby nurin kata dia pulak yang berdebar-debar nak tengok baby. Nurin senyum jer. Ini kali kedua nurin jalani sesi scan ni, masa yang pertama tu masa usia kandungan 3 bulan. Tapi kali ni kami berdua sangat teruja sebab nak tengok jantina baby dan tengok rupanya.


Nak dijadikan cerita, masa doktor tunjukkan kat monitor tu, baby tak mahu gerak-gerak pun. Baby cam tidor je..hehe. Doktor kata baby ok,cuma dia malas kot nak gerak-gerak. Elok betul baby menunjukkan tulang belakang dan punggungnya..^__^ sabar jelah. Nurin nak tengok tangan dan kakinya pun tak dapat sebab dalam posisinya membelakangkan kita lak tu. Nampak jelas babyku dah besar skit kalu nak dibandingkan masa 3 bulan dulu. Setelah scan, doktor beritahu baby kecil dari tarikh yang sepatutnya. Doktor kata, kalau ikut scan baby akan lahir pada 13 November iaitu lebih 8 hari kedepan dari tarikh yang sebenar. So maknanya nurin masa pergi scan tu belum masuk 5 bulan pun. Musykil juga??? Tapi yang pasti doktor dah beri due date baru,hujung minggu ni baru masuk 5 bulan. Tak kisahlah tu asal baby sihat tiada apa-apa dah cukup bagiku.


Hubby nurin cakap, nanti kandunganku cukup 6 bulan..hubby nak bawa pergi scan klinik pakar, scan 4D..eemm tak sabarnya nak tengok baby ^_^ kali ini nurin nak gerakkan baby supaya bangun, jangan malas-malas..hehe. Rasa seronok sangat bila bercakap soal baby ni. Rasa macam tak sabar nak tengok baby lahir ke dunia..belum apa-apa lagi,nurin dan hubby dan cakap soal adiknya pulak..hehehe,biar betul!^___^ Keadaan nurin sekarang ni walaupun sihat tapi terasa juga keletihan dan kepenatan yang semakin bertambah dari hari ke hari. Kerap juga sekarang lepas magrib nurin tertidur sampai dikejutkan hubby untuk solat isyak. Kesian suamiku kadang-kadang pun dia terlena sama sebab tiada geng nak borak, sebab nurin dah ngorok dulu..hehe.


Dalam kesibukan melayan diri ketika hamil ni, pelbagai juga ujian dan masalah yang datang. Kerap kali juga diri ini menitiskan airmata ibu..huhu mungkin kerana keadaan nurin yang agak lemah ni, menyebabkan diri menjadi terlalu sensitif. Tapi alhamdulilah hubby sentiasa memujuk dan memberi semangat kepada nurin dalam apa hal jua. Nurin rasa bertuah sangat kerana dalam saat begini suamilah tempat nurin mencurahkan segala-segalanya dari soal pelajaran, pelbagai masalah lain hinggalah ke research nurin semua hubby ambil tahu.

Thursday, June 16, 2011

Air Gula

Salam...ada citer baru minggu ni^__^...hari selasa yang lepas nurin ke pusat kesihatan. Rasanya dalam bulan ni kena 2 kali pergi ke sana. Minggu depan ada lagi appointment dengan doktor untuk scan baby. Maklum ler next week usia kandunganku dah masuk 5 bulan. Seronok sangat ^_^ tapi takut juga yelah hari tu punya saringan gula belum tahu lagi keputusannya..huhu.


Nurin tak tahu pun ibu mengandung kena minum air gula. Awal-awal pagi nurin dah bertolak dari rumah. Sampai je kat sana letak buku pink tu, nurse terus tanya "minum air gula?" Nurin menganggukkan kepala. Setelah beberapa minit terus namaku di panggil untuk ambil darah. Alhamdulilah, proses ni mudah sebab dah biasa derma darah, so tak susah sangat nak cari urat. Tapi ada sesetengah ibu terpaksa di cucuk 2,3 kali sebab darah tak keluar..kesian,huhu.


Lepas tu apa lagi, seorang nurse tengah menyusun lebih dari 10 gelas air gula kat atas meja berhampiran. "Ibu pergi minum air gula kat sana ye" kata nurse sambil tersenyum. Ntah apalah rasanya ni..manis macam air gula yang bancuh dengan sirap tu ke? huhu Nurin belek gelas yang hampir nak 500liter kot, "kena abiskan ke kak?" pandangku pada nurse tadi. " Ya dik, abiskan lepas tu jangan minum dan makan apa2 selama 2 jam. Nanti kita ambil darah lagi", kata nurse.



Bila air gula mencecah bibir Nurin..mak aiii! manisnya..kawan disebelah yang turut minum air gula pun mengeluh macam nak muntah je..huhu. Sepanjang mengandung ni memang nurin suka makan dan minum benda yang manis tapi taklah semanis air gula ni. Kuatkan juga semangat untuk minum....akhirnya berjaya juga!tanpa muntah..hehe,alhamdulilah.


Proses menunggu yang terlalu lama membuatkan Nurin bosan sedikit, dahlah tak boleh pergi sarapan. Kat luar pulak hujan lebat..mengigil duduk dalam pusat rawatan tu. Nurin pandang kiri kanan..ramai betul ibu-ibu mengandung, macam2 saiz perut ada. Ada yang comel je, ada pulak yang macam gunung tunggu nak meletup je..hehe. Di sebelah Nurin ada sorang kakak tu menegur "adik dah berapa bulan?" " Dekat 5 kak" jawabku sambil tersenyum. " Keciknya...anak sulung ke?" "eemmm" ciankan, kataku dalam hati. Nurin pun tak tahu kenapa perut Nurin kecik walaupun dah nak masuk 5 bulan. Ramai orang ingat nurin baru 3 bulan..huhu. " Memang dik kalau anak sulung memang perut tak nampak sangat,lagi pun adik tinggi, besar ruang kat dalam tu" kata kakak yang menyapaku. Nurin hanya tersenyum mengiya saja.


Orang cakap kalau dah 5 bulan, kita akan rasa baby kita gerak. Tapi nurin belum rasa apa-apa lagi. Mudah-mudah tak ada masalah hendaknya. Risau juga, sebab ini pengalaman pertama. Banyak yang nurin tak tahu..habis semua orang nurin tanya. Insyallah semoga Allah pelihara anak yang ada dalam kandunganku ini. Tepat pukul 10 pagi namaku di pangil untuk ambil darah yang kedua." Lepas ni kena tunggu result ke nurse?" " tak, nanti minggu depan kita akan beritahu tapi kalau paras glukosa adik ada masalah kami akan call ye". Huh! suspennya.

Balik je, nurin terus meng-google kesan glukosa yang tinggi pada ibu mengandung. Takut juga bila dapat tahu baby boleh meninggal dalam perut kalau kita ada kencing manis dan juga boleh menyebabkan kecacatan. Selain dari baby akan besar..ibu biasanya tidak bersalin secara normal.."kena ikut tingkap" huhu tingkap mana pulak ni??Kena bedahlah..ya Allah takutnya.
Mudah-mudah Allah mudahkan proses mengandung dan bersalin Nurin. Dari semalam sampai le pagi ni, perut nurin rasa sakit kat sebelah kanan. Malam tadi tido agak terganggu sikit.Kalau duduk lama-lama pun pinggang akan terasa lenguh mencucuk-cucuk. memang macam tu ke?


Tak sabar rasanya tunggu minggu depan, nak tengok baby ^_^ ayahnya pun excited juga. Dah siap amik cuti setengah hari sebab nak teman Nurin pergi scan. Mana boleh lepaskan peluang ni, ye tak?hehe..insyallah kalu tiada aral doktor akan beritahu jantina baby. Seronoknya..Nurin tak kisah, sama ada baby boy or girl sama saja. Asal baby sihat dan selamat di lahirkan ke dunia ini. Tapi hubby nurin teringin sangat nak baby girl ^__^ cumil kan..hehe. Never mind hubby, kalau tahun ni tak dapat girl, tahun depan ada lagi..hehehe luv u cinta

Thursday, June 9, 2011

Mengidam

Salam...syukur sangat-sangat apa yang nurin teringin nak makan semuanya dapat dengan mudah..alhamdulilah. Semalam dapat makan samosa yang memang nurin teringin sangat sejak sebulan lalu. Tapi disebabkan tak boleh nak makan kerana mabuk yang teruk terpaksa ditundakan hajat tu. Hari ni pula memang rezeki baby yang ku kandung ni. Dekat cafe ada pulak jual keladi goreng, bukan saja besar tapi rasanya sangat lemak dan sungguh sedap. Sambil makan tu, nurin teringatkan suamiku yang demam dah beberapa hari. Kesian dia, walaupun tidak sihat masih lagi pergi bekerja. Disuruh ambil cuti tidak mahu...itulah yang membimbangkan nurin. Semoga Allah sentiasa melindungimu cinta..cepat sihat dan kembali ceria.


Sekarang cuaca tidak menentu, ramai kawan-kawan deman, sakit tekak,selsema dan batuk. Batuk nurin pun mula dah kedengaran, hari tu dah baik tapi nampaknya makin kuat pulak sekarang. Apa pun diharapkan cepatlah kurangnya. Menjelang kandungan nurin yang semakin membesar ni, memang terasa kepanasan melanda walaupun kipas dah on ke tahap 3 atau semaksima yang boleh, tapi masih jua panas. Orang kat sebelah dah mengigil kesejukan tapi kita masih lagi menitis peluh kepanasan..pelik betul.


oh ye! lauk keduaku selepas kari..sup ayam bersama bubur nasi. Hari isnin yang lepas kerana badan suamiku yang terlampau panas, nurin masakkan sup ayam. Alhamdulilah,dapat juga nurin masakkan untuk suami tersayang. Kesian dia, nak makan yang lain mesti tak lalu..biasalah orang demam. Tapi yang best tu, bila tengok suamiku makan..bertambah-tambah bubur dan sup. Alhamdulilah..hatiku gembira melihat suamiku makan,risau juga kalau dia tidak mahu makan. Sambil makan suamiku tak henti memuji sedap.."terima kasih sayang" ucapan suamiku. Terharu nurin mendengarnya,apalah sangat sup dan bubur tu kalau nak di ikutkan..insyallah suamiku selagi nurin sihat dan terdaya, selagi itulah isterimu sentiasa berkhidmat untukmu hingga akhir nyawaku.

Monday, June 6, 2011

Beransur Pulih

Salam..alhamdulilah, Maha suci Allah yang memberi penyembuhan bagi setiap kesakitan, kini keadaan nurin semakin pulih. Rasa bersyukur sangat sebab sudah boleh mula makan, walaupun tidak semua makanan yang boleh masuk tetapi sekurang2nya nurin tidak rasa lapar sangat dan pedih perut lagi. Usia kandunganku sudah masuk 18 minggu,alhamdulilah semoga Allah sentiasa melindungi kami berdua. Pengalaman hamil kali pertama ini begitu berharga sekali,benar-benar menguji kesabaran dan minda. Bukan Nurin sahaja yang terasa,malah suamiku yang tersayang juga turut terasa beban yangku tanggung. Alhamdulilah, kerana suamiku sentiasa memahami keadaan diriku,walaupun terkadang kesian melihat dirinya yang terpaksa menguruskan sendiri keperluan kami berdua.


Sudah beberapa bulan juga nurin tidak ke dapur, malah basuh pinggan sebiji pun tidak tersentuh olehku. Apa yang dipegang semuanya membuatkan Nurin semakin mual dan muntah. Tapi,baru sehari dua ni..Nurin beranikan diri untuk memasak. Walaupun rasa tak yakin boleh lakukan,tapi suami sentiasa mendorong dan memberi semanggat padaku. Suamiku pula meminta masakkan kari ayam,teringgin benar katanya. Bukan tiada di kedai,malahan kedai mamak pasti menghidangkan kari yang jauh lebih lazat dari kari yang Nurin masak. Kesian melihat suamiku, yang benar2 merindui masakkan ku.Alhamdulilah, sabtu lepas berjaya juga akhirnya Nurin masak kari ayam dibantu oleh suamiku. Terharu melihat suamiku makan,bertambah. Petangnya pula suamiku goreng roti prata segera dan dicicah bersama kari ayam tu. Sedap katanya.."pandai isteri abang masak, lepas ni bolehlah masak asam pedas pulak" katanya sambil tersenyum.

(ihsan google)

Allah,banyak pula permintaan suamiku ni..tersenyum Nurin melihat telatah suami, yang sememangnya menanti masa saja, Nurin masakkan asam pedas kegemarannya. Syukur alhamdulilah, suami suka dengan masakan nurin, walaupun tak sedap mana tapi cukup membuatkannya tersenyum sambil memuji. Insyallah semoga Allah sentiasa beri kesihatan pada Nurin untuk meneruskan tanggungjawabku sebagai isteri padanya.


Setiap hari perut Nurin semakin membesar,kadang-kadang tu macam tak percaya ada manusia dalam perut ini. Sungguh takjub betul dengan kejadian yang Allah ciptakan ini, rasa terharu dan bersyukur kerana menjadikan Nurin sebagai wanita,dapat merasai detik-detik untuk bergelar seorang ibu. Setiap saat doaku pohon supaya Allah melindungi anak yangku kandung ini, memberi kesihatan padanya,mengurniakan anak yang sempurna dan pintar,menjadikan dia anak yang baik dan soleh, insan yang mempunyai akhlak dan budi perkerti yang mulia, diberikan keimanan dan kefasihan padanya untuk membaca al-quran dan hadis.


Pengalaman ketika hamil ini, terlalu sukar untuk Nurin gambarkan. Perasaan gembira dan takut semuanya bercampur baur. Yang pasti pada Allah Nurin selalu panjatkan doa,semoga diberi kekuatan untuk menghadapi saat-saat bergelar ibu dan suami sentiasa memberikan sokongan dan semanggat padaku.

Saturday, April 23, 2011

Cerita Baru VS Cerita Lama



Salam...alhamdulilah,dapat juga mencatatkan sesuatu hari ini. sudah lama sangat tidak menulis apa-apa di blog ni, rindu rasanya. Tapi pelbagai perkara yang terpaksa nurin bereskan selepas hari perkahwinan nurin pada Febuari yang lepas. Kesibukan dengan kuliah dan research telah membuatkan nurin tiada kesempatan untuk mengetuk keyboard. Diikuti pula dengan badan yang tidak berapa sihat, dan sampai sekarang masih lagi tidak sedap badan.

Bulan ni nurin sibuk dengan exam, Isnin ini adalah paper yang terakhir. 3 mei ada lagi presentation yang harus dibentangkan. Nurin gagahkan juga untuk semua ini, insyallah semoga Allah sentiasa membantu. Maaf kepada sahabat-sahabat yang sentiasa setia menanti untuk membaca blog ini, kesihatan nurin betul-betul menganggu sedikit kehidupan seharian. Insyallah semoga ianya sementara saja.


Nak cerita sikit, pasal cerita lama..cerita masa majlis perkahwinan nurin yang lalu. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Ramai sanak saudara dan kawan-kawan yang datang memeriahkan majlis perkawinan nurin. Dan yang paling mengharukan sahabatku Ayza datang bersama-sama suami,ismail dan ibunya. Ya, Allah..tak tahu nak cakap apa. Kelu rasa lidah bila melihat mereka dari jauh..sesungguhnya,nurin tak sangka Ayza dapat datang ke majlis perkahwinan nurin. Rasa gembira sangat,sedih..semuanya bercampur baur didalam hati nurin. Tapi nurin rasa terkilan sikit sebenarnya, sebab masa kedatangan Ayza sekeluarga..nurin tak dapat hidangkan apa-apa pun sebab tiada apa yang hendak dihidangkan lagi,semuanya selesai! Terasa malu sangat pada Ayza dan keluarga. Sempat kami bergambar bertiga dengan Ismail, cuma Abg Etuy je yang tiada. Allah kesian abg etuy,yang terpaksa tinggal kerana sesi persekolahannya. Walauapa pun Etuy tetap dalam ingatan selalu.Maafkan nurin sahabatku, diatas segala kekurangan yang tidak dapat dielakkan.



Terima kasih Ayza, sahabatku..kerana meluangkan sedikit masa untuk bertemu dengan nurin,walaupun hanya sebentar. Tapi kenangan itu tetap segar dalam ingatan. Jauh di sudut hati nurin, sentiasa mengucapkan syukur pada Ilahi kerana diberi kesempatan untuk berjumpa dengan insan yang nurin hendak sangat bertemu dengannya.




Ada lagi berita gembira yang hendak nurin kongsikan bersama, Insyallah dengan izin Allah ada insan baru yang akan hadir dalam hidup kami nanti. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.


Buat suamiku tersayang..terima kasih diatas segala pergorbananmu,menjagaku ketika isterimu benar-benar mengharapkan pertolongan. Semoga Allah sentiasa membalas kebaikanmu dan merahmatimu sentiasa.

Thursday, February 10, 2011

Don't let me fall

Wednesday, February 2, 2011

Cinta 2 Febuary


salam..hari ini hari lahir nurin. Alhamdulilah segala puji bagi Allah yang sentiasa memberi kesihatan, rahmat serta kebahagiaan dalam hidup ini. Dengan penuh rasa kesyukuran, nurin panjatkan doa buat arwah ibu yang tersayang semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman..amin.

Terima kasih ibu, kerana tanpamu nurin tak mampu untuk berdiri sehingga ke hari ini. Tanda cinta ibu dan ayah kini masih berdiri berjuang meneruskan hidup ini. Alhamdulilah, cinta ibu dan ayah tidak sia-sia kerana cinta kamu berdua buat nurin rasa bangga memiliki kamu berdua. Walaupun ibu dan ayah pergi meninggalkan tanda cintamu ini, insyallah semoga tanda cinta yang kamu berdua tinggalkan ini akan terus bersinar menerangi hidup ini, menerangi insan lain dan juga alam ini. Semoga juga tanda cintamu akan terus berbakti padamu, hingga akhir hayatku.

Ibu..ayah, tanda cintamu ini akan melangkah ke alam yang sama denganmu dulu. Insyallah, tanda cintaku juga akan menerangi alam ini. Semoga kelak dia menjadi insan yang berakhlak mulia dan menerangi alam ini dengan hidayah dan petunjuk dariNya.

Buat cinta hatiku, terima kasih dengan hadiah pemberianmu itu. Terima kasih Adamku..walau apa pun pemberianmu ianya amat berharga buatku, hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikanmu padaku. Insyallah semoga Hawamu akan menjadi isteri yang taat dan solehah untukmu. Terima kasih cinta...

Monday, January 31, 2011

Sabar menanti..


Salam..setelah sekian lama,di akhir Januari ini baru sempat nurin mengetuk keyboard lappy. Di sini keadaan lembab dan basah sepanjang 2 minggu ni. Nurin baru saja baik demam,setelah hampir 2 minggu juga terpaksa menangung derita..subhanallah semoga Allah ampunkan dosa-dosaku. Walaupun masih berbaki batuk nurin ni,tapi nurin dah bantai sambal belacan kesukaan ku, apa nak buat tekak melayu...kawan-kawan nurin mengusik," kak nurin ni demam pengantin ni" "takpe slim sikit nak kawin" hehehe..ayat sadis tu. Tapi apa boleh buat, itu le gamaknya kalau nak berkawin. Ada saja usikan rakan sana-sini. Yang pasti nurin memang sibuk kerana majlis hanya tinggal 12 hari saja lagi.


Insyallah pada 12 Febuary ini,dengan izin Allah nurin akan disatukan dengan Adam yang Allah ciptakan untuk diri ini. Semoga ikatan perkahwinan yang bakal kami bina ini mendapat redha Ilahi,diberi kebahagiaan dunia dan akhirat..amin. Majlis kendurinya pula pada 13 Febuary, yang akan berlangsung di Melaka di rumah sedara nurin.Insyallah semoga semuanya berjalan lancar hendaknya.


" Awak dah hafal ke camner nak akad?" soalku pada si Adam.

" Tiap-tiap malam saya duk praktis,tapi asyik ingat 80 je" jawab Adamku.

"Insyallah semoga awak ingat pada hari tu" kata hati kecilku.

" Awak dah bersedia ke nak jadi isteri saya?", soal Adamku.

"Insyallah semoga Allah sentiasa bantu saya untuk menjadi isteri yang solehah" bisik hati kecilku.

Si Hawa tak bersuara bukan saja malu tapi si Hawa tu takut, kerana setiap kata-kata kita akan dituntut dikemudian hari kelak. Insyallah semoga si Hawa tu bersedia dari semua aspek.

Di hari-hari akhir sebelum nurin bergelar isteri, pelbagai rasa semua timbul. Hanya Allah saja yang tahu apa yang nurin fikir dan apa yang nurin rasa saat ini. Rasanya bukan nurin sorang kot, Adamku pun mungkin rasa apa yang nurin rasa..semoga Allah permudahkan segalanya untuk kami, doakan kami semoga mahligai yang kami bina ini akan berkekalan hingga akhir hayat, bukan saja di dunia tapi di sana dapat berjumpa kembali..amin amin ya Rab