BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 12, 2010

Tak Sihat...

salam...

Tahun baru sudah pun berlalu selama 12 hari, dan selama itu nurin belum pun mencoretkan apa-apa di ruangan ini. Sudah beberapa hari tak sihat badan, biasala bila Allah nak bagi sakit, kita terimalah. Tetapi ada juga kadang-kadang kawan yang tidak faham dengan keadaan kita. Senjaga buat-buat sakit katanya. Takpalah..orang tak tahu situasi kita, yang mereka tahu dan mereka cakap jer yang betul. Allah menguji kita dengan pelbagai bentuk dan keadaan. Begitu juga dengan nurin, di uji dengan pelbagai dugaan. Orang hanya mampu melihat dan bercakap belakang tapi orang tidak tahu apa yang kita alami. Cuma di saat ini nurin perlukan kekuatan dan redha dengan apa yang berlaku. Selalu ingatkan diri supaya banyak bersabar dan terus bersabar selalu.

2 comments:

Anonymous said...

Salam sahabatku Nurin,

Bagaimana keadaan kamu saat ini? Semoga kamu sudah pun kembali sihat InshaAllah. Cuaca sejak kebelakangan ini tidak menentu, kami di sini pun kurang sihat sejak 1-2 minggu ini. Tapi benar kata Nurin, bila Allah nak beri sakit, kita terimalah.

Manusia ini lazimnya akan hanya mengerti sedalam-dalamnya setelah mereka merasai sendiri, mengalami sendiri - tidak kira apa. Jarang sekali ada manusia yang dapat menyelami perasaan dan hati kita, apa lagi untuk memahami situasi kita kerana mereka tidak prihatin malah enggan menjadi sensitif ttg isu orang lain.

Bertahanlah dengan kesabaranmu, sahabatku. Abaikan manusia yang buta hatinya, kerana kita ada Allah yang jauh lebih mengetahui akan apa yang dialami oleh hamba-hambaNya, dengan kasih sayangNya yang tanpa had untuk kita.. :) *hugs*

Nurin Aiza said...

wslm sahabatku ayza,

Alhamdulilah,nurin dah sihat seperti sedia kala. Biasala ayza, nama pun manusia suka bercakap tanpa memandang, suka menuduh tanpa mendengar..tulah orang kita. Tapi takpelah mereka tak tahu, kalu mereka tahu mesti mereka tak cakap mcm tu kan? Allah, semoga Dia menjadikan kita hambanya yg sentiasa berlapang dada dan rehda dgn ujiannya.

Memang benar cakap ayza tu, kesabaran itu adalah ubat yang paling mujarab dan ibu segala ubat. sesungguhnya ujian yg diberikan mengikut kesangupan setiap hambanya. Semoga kita tergolong dari hamba2Nya yg sentiasa bersabar..terima kasih ayza akan nasihatmu..