BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 2, 2010

2 febuary datang lagi....

Salam...

Alhamdullilah, 2 febuary hadir lagi dalam hidupku. Syukur kepada Allah yang Maha Esa, kerana Kau mengurniakan segala nikmat yang tidak terhingga dan kini nurin masih lagi berdiri di sini dengan kebesaran Ilahi yang Maha Agung lagi Maha besar kuasaMu.

Pada tarikh ini, insan bernama nurin dilahirkan ke dunia yang fana ini menurut kehendak dan janji Allah yang sudah tertulis. Tangisan dan kegembiraan ayah dan ibu dan juga diriku ketika itu sudah pasti mengamatkan hari-hari kami di Hospital Besar Kuala Lumpur. Kini walaupun masa itu sudah lama berlalu, ayah dan ibuku sudah pun mendahuluiku menemui Kekasih mereka, tapi nurin bersyukur kerana tanpa mereka pasti tangisanku tidak kedengaran di hospital...tanpa mereka pasti hari ini nurin tidak bergelar nurin! dan tanpa mereka siapala aku?

Setinggi syukur ke hadrat ilahi, kerana kurniaan yang sangat besar ini kerana nyawa yang diberi sangat berharga sekali. Sesungguhnya Allah menjadikan manusia dan jin untuk taat dan patuh padaNya. Semoga nurin dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan pada Allah yang aku bergantung siang dan malamku, jaga dan lenaku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untukMu ya Allah..amin.

2 comments:

Anonymous said...

Salam sahabatku yang dikasihi,
Selamat hari lahir, Nurinnnn!

Selamat hari jadi,
Selamat hari jadi...
Selamat hari jadi, Nurin Aizaaaa...
Selamat hari jadiiiii.. *hugs*

(Yang ke berapa ya, Nurin? :) )

Kami doakan semoga Nurin dipanjangkan usia, diberkati dan diredhai Allah dunia dan akhirat.. semoga Nurin selalu ceria dan menceriakan, dan yang paling penting, didoakan agar segala harapan dan cita-cita Nurin dikabul Allah, InshaAllah.

Salam sayang buat Nurin di hari istimewa ini daripada kami seisi keluarga. *hugs* :)

Nurin Aiza said...

wa'alaikumsalam, sahabatku ayza yang nurin kasihi selalu...

Terima kasih atas doa2nya semoga doa itu jua untukmu ayza. Alhamdulillah berganjak senja sudah umur nurin ni..malah lebih tua dari ayza. Tahun ni genap usia nurin 32 tahun, tapi masih mentah dalam mentafsir hidup, masih lemah dalam semua segi. Insyallah, nurin sentiasa memperbaiki diri dari saat ke saat. Semoga Allah sentiasa bersama-sama kita, memakbulkan segala hajat dan permohonan, menyelamatkan kita dunia dan akhirat..amin