Salam buat semua teman2 nurin..bagaimana dengan puasa anda? adakah hanya puasa diperut?puasa di mulut?atau langsung tak puasa coz tak larat kerana gastric melanda time bulan puasa ni. Biasalah dugaan banyak dalam puasa ni, bagi yang tak tahan dengan dugaan pasti akan terpancit di tengah jalan. Kuatkan keimanan anda kerana pelbagai dugaan yang bakal di tempuhi sepanjang bulan yang mulia ini. Perbanyakkan ibadah sesungguhnya Allah pasti menerima amalanmu. Bukan senang kita nak dapat merasai nikmat ramadhan ni, kepada kengkawanku yang masih lagi tak tahu atau dah tau tapi buat2 tak tahu nurin hanya sekadar ingatkan kita semua bahawa amalan dibulan ini berlipat kali ganda ganjarannya dari bulan2 lain. Mana taknya solat fardhu yang kita kerjakan Allah beri ganjaran 70 kali dari hari biasa, manakala solat sunat pula ganjarannya seperti solat farhu, tak tahukan?? kalu tak tahu ni nurin kongsi bersama.
Di sepanjang puasa ini, haruslah kita mendirikan solat. Janganlah puasa sahaja tapi tak solat, sungguh merugikan dan sia2 belaka. Kenapa nurin cakap macam tu? sebab solat itu di tuntut malah perkara pertama sekali yang akan di soal di alam kubur nanti ialah solat. Malaikat tak tanya pun kamu puasa berapa hari? kamu puasa buka apa tiap2 hari?puasa penuh atau puasa sekerat2? So, perlulah solat, walaupun selama ini tak pernah solat pun tapi bulan yang penuh mulia ini jadikan satu permulaan pada kita untuk belajar praktikan solat. Bagi kita yang dah lama tinggal solat,atau pun solat kadang2 bila mood ok,tak ok solat pun ko gak jadi perlulah mengambil kesempatan ini dengan penuh tekad walaupun hanya baca alfatiha jer sebab surah len tak tahu, tak mengapa yang penting kita solat. Apa yang kita buat mestilah dengan hati yang ikhlas kerana Allah. Sentiasa memperbaiki diri kerana sesungguhnya Allah suka pada hambanya yang bertaubat dan bersungguh2 ke jalannya.
Lagi satu nurin nak share bersama kengkawan semua banyakkan berdoa bulan ini kerana bulan ini doa kita terus di angkat ke langit tanpa hijab tak kira siapa pun kita. Nak tahu bila doa yang paling mustajab masa kita berpuasa ni, masa kita bersahur dan masa kita nak berbuka. Lepas jer bersahur sementara nak tunggu subuh tu buatlah solat sunat dua rakaat lepas tu berdoalah tak kiralah bahasa apa pun. Jangan ler sebab tak boleh baca arab kita tak mahu berdoa. Kesian sungguh!!!ucaplah apa pun bahasa, tak kiralah bahasa zimbabwe ka, bahasa bukit ka, gunung wai'ma sekali pun Allah Maha mengetahui. Jangan jadikan alasan bahasa sebagai penghalang untuk kita terus2 berdoa kepada Allah yang satu.
Kadang2 orang selalu fikir bila dia tak baik selalu buat dosa,dosa besar seperti berzina, minum arak, kaki judi dan sebagainya maka mereka tak mahu bertaubat dan berdoa. Kerana mereka rasa perbuatan itu sia2 dan pasti tak terampun punyalah dosa tu. Itulah kesilapan yang yang tidak sepatutnya. Bertaubatlah sesungguhnya Allah maha pengampun dan penyayang..Dia tidak pernah meninggalkan kita walau sesaat pun tapi kenapa kita nak meninggalkan Dia? cuba bayangkan jika Allah tinggalkan kita? sedangkan rezeki yang kita perolehi semua datang dariNya secara logiknya kalu kita meninggalkan Maha Pencipta ini maksudnya kita meninggalkan rezekinya. Maka adalah orang yang akan keputusan rezeki, tak makan ler anak bini. Tu rezeki harta, rezeki yang lain2 tu apa macam??? Allah tidak pernah meninggalkan hambanya walaupun hambanya itu terlalu hebat dan syok melakukan dosa saban hari dan waktu. Malah Allah memberi kesempatan kepada kita untuk kembali kepangkal jalan, bertaubat dan menyesali perbuatan selagi nyawa masih di badan. Kenapa tak mahu rebut peluang itu? Susah sangat ke, medirikan solat yang hanya sekadar 5 minit..tak tahu belajar. Alasan tak tahu sebab kena baca bahasa arab, susah tak tau macam mana nak baca. Allah , apalah susah sangat. Kat kedai buku tu banyak betul buku2 solat yang di tulis dalam bahasa sebutan rumi.Insyallah mesti boleh belajar sikit2 walaupun hanya fatihah,hafalla bacaan yang wajib dahulu. Yang sunat tu kemudiankan.
Wahai kengkawan nurin, rebutlah peluang ini kerana mungkin ramadhan kali ini adalah yang terakhir buat kita. Banyakkan zikir dan selawat dan hentikanlah segala aktiviti 'mengamyam ketupat' di pejabat, di rumah atau di mana juga sebab raya lambat lagi. Kalau dah tak tahan juga nak menganyam nanti nak raya beli daun ketupat anyam ler beratus2, kalu mampu beribu pun ok, boleh jual dapat duit raya!:)
0 comments:
Post a Comment