BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 25, 2009

Nak buka apa petang karang ek??!!!


melelehkan air liur!!..tengok jangan tak tengok..hehehe
Pada kengkawanku yang dah kebuntuan idea nak berbuka apa petang karang walaupun puasa baru jer 4 hari tapi ada yang dah mengeluh nak buka apa ek??nak masak apa ek petang ni??nak gi makan mana ek?? nak pergi restoran ka, kedai mamak ka, hotel 5 bintang ka, takde bintang pun belasah ok juga kot..ha!kat sini nurin nak kongsi satu makan kegemaran nurin yang sejak dua menjak dah tua2 ni suka betul makan. Dulu tak suka sebab rasa belum tua hehehe sekarang ni dah cukup kot ketuaannya..huhu. Menu hari ini ialah NASI KERABU ala klate.


Hah! nak tau macam mana nak buat nasi kerabu yang semestinya sedap dan meyelerakan ini nurin kongsi bersama2 resepi kat sini. Balik keje nanti kalu sempat cubalah buat, tapi of course takan sempat punya apalagi serbulah bazar2 ramadhan yang melambak2 kat ceruk rantau mana pun.
Resepi Nasi Kerabu ala Klate

Bahan-bahan:
Nasi putih [boleh juga buat nasi warna biru..[org kelantan yg bagi bunga ni..masak macam nasi lemak tapi bubuh bunga purple ni, serai ketuk, bawang merah [hiris] dan garam..].
Bahan untuk Sambal Ikan :
3 ekor ikan kembung - dipanggang dan ambil isinya
1/4 kelapa parut - dijadikan kerisik
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia
2 batang serai
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
Sambal Ikan :
Gaul isi ikan panggang, kerisik, bawang merah, bawang putih, serai dan halia. Masukkan gula, lada hitam dan garam. Gaul dan kisar sehingga campuran itu lumat
Bahan untuk kuah :
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
20 gm belacan
10 tangkai cili kering
2 sm halia
2 cawan santan cair
1 batang serai
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam
Cara
1. Masak santan sehingga mendidih.
2. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih.
3. Masukkan santan cair dan kacau. Perlahankan api.
4. Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.
Bahan untuk ulam :
1/2 biji timun - dipotong halus
1/4 biji kobis bulat - dipotong halus
20 gm belacan
1 ikat daun kesom - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
2 kuntum bunga kantan - dimayang
5 batang kacang panjang - dipotong halus
50 gm taugeh
2 sudu besar budu
2 sudu kecil lada sulah
Cara
1.Gaulkan semua ulam-ulaman.
2. Kemudian boleh hidangkan bersama nasi, sambal ikan, kuah dan budu untuk dimakan.
NOTA: Sediakan juga keropok keping yg telah digoreng...atau telur masin atau ikan goreng atau daging goreng.. kalu nak lagi sedap makanlah bersama Anchovy Sauce huhu BUDU ler tu...wakaka!sedap sikit bunyinya budu cam anak frog plak.hehehe

0 comments: