BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 9, 2009

Sahabatku, rezeki ada di mana-mana

salam, buat teman-teman nurin sudah terlalu lama tidak mencoretkan apa-apa di sini. maklumlah,hidup kita terlalu banyak komitmen yang terkadang buat kita terlupa sebentar ada sesuatu yang perlu kita selesaikan. Alhamdulilah sekembalinya ke tempat asal setelah lama berhijrah ke bumi Sabah yang tidak pernah luput dari ingatan. Banyak pengalaman dan kenangan indah bersama teman-teman dalam melayari kehidupan seharian.

Hari ini walaupun nurin agak sibuk, tapi hati ini tercuit rasa untuk meluahkan sesuatu yang mungkin dikalangan kita kadang-kadang selalu memperkatakannya. Walaupun nurin masih baru lagi dalam penulisan blog ini, tapi diharapkan pandangan dan sedikit ilmu ini dapat kita kongsikan bersama. Perkara ini pernah nurin bincangkan dengan beberapa orang teman dan juga sahibah2. Alhamdulilah walaupun tidak sehebat mana tulisan nurin di sini, tapi diharapkan dapat memberi manfaat yang berguna serta memberi kesedaran pada diri kita yang selalu lupa dengan kekuasaan Tuhan.

Dalam perjalanan hidup ini, kita selalu mengaturkan diri kita dalam melakukan apa-apa jua. Sedari kecil lagi sememangnya kita telah dilatih merancang setiap apa yang hendak kita lakukan. Sehingga kita merancang apa yang dicita-citakan. Guru di sekolah selalu bertanya, apa cita-cita anda bila dah besar nanti? Maka pelbagai watak akan terkeluar dari mulut kita ketika itu. Ada yang nak jadi guru, askar, bomba, doktor dan sebagainya.Tetapi diketika itu kita tidak mengerti bahawa segala hajat dan cita2 tidak semestinya akan berlaku seperti apa yang kita harapkan. Tapi hakikatnya sebenarnya adakah itu yang kita ingin miliki?

Persoalan itu akan wujud setelah kita mula mengerti kehidupan ini. Setelah jauh perjalanan dan pengalaman yang kita lalui di dunia ini. Kerana kehidupan ini kita sedari bukan hanya untuk dunia saja seperti yang kita cita2kan sebelumnya. Cuba kita fikir balik, adakah semua yang kita hajati telah dapat kita capai tak kiralah dalam kerjaya, dalam perkahwinan, kehidupan yang kita harapkan dan sebagainya. Tetapi kita masih mengharap dan merancang yang terbaik untuk diri kita. Sememangnya kita perlu bersedia dan membuat perancangan di dalam hidup kita. Tetapi ingatlah teman-temanku yang nurin kasihi, apabila perancanganmu tidak seperti yang kau harapkan maka bersabar sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perancang. Dia Maha mengetahui apa yang terbaik untukmu. Semuanya berlaku dengan izin Allah tanpanya tak mungkin kita masih berdiri lagi di sini memegang jawatan yang tinggi,menjadi isteri yang dikasihi suami,berbangga menjadi seorang ibu kepada cahaya mata tercinta. Tetapi jika apa yang seperti kita harapkan tidak kesampaian, tidak seperti apa yang diangan-angankan, oleh itu hendaklah kita berlapang dada. Maka Redhalah dengan apa yang kau miliki kerana sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untukmu. Maka benarlah seperti firman Allah:

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui

Al-Baqarah:216

Ingatan ini bukan hanya untuk teman-teman tapi untuk diriku yang daif ini yang selalu terlupa dengan kekuasaan Allah, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Kerana sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang Allah berikan pada kita tapi kita tidak pernah sedari.

0 comments: