BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 20, 2009

Karipap punya pasal!


salam,

Dua tiga hari ini, nurin agak sibuk menguruskan banyak hal. Hari ini pun sepatutnya sibuk juga tetapi ada perkara yang tidak dapat dielakkan oleh itu terpaksa ditangguhkan buat beberapa ketika.Hari ahad yang lalu nurin menghabiskan masa di rumah saja. Malah itulah rutin hidup nurin jika tiada kesibukan melanda. Nurin lebih suka duduk di rumah menghabiskan masa dengan membaca.Buku sudah menjadi rutin harian hidup, malah ketika hendak masuk tidur pun nurin masih lagi menatapnya. Sampai selalu ditegur oleh teman kerana membaca buku di dalam gelap. Nak dijadikan cerita, petang ahad yang lalu untuk menghabiskan masa yang terluang selepas solat asar nurin mula ke dapur. Lihat kat dapur ada kentang dua butir yang agak besar dan dalam peti ais masih ada baki daging buat sup 2 minggu yang lepas! Apa lagi ligatlah tangan nurin mengupas kentang dan menghiris daging.

"Hari ini kita buat karipap" detik hatiku sambil tersenyum.

"Simpan dalam peti ais jadi frozen karipap, esok boleh buat sarapan" tambah hati kecilku lagi.

Setelah siap inti dan adunan doh tepung karipap, nurin mula mengelim karipap. Selalunya nurin akan guna tangan saja, kerana lebih selesa dan agak cantik rupanya.Tiba-tiba teman serumah nurin keluar dari bilik dan terkejut melihat karipap tersusun rapi diatas dulang.

"Amboi!kak nurin pandai buat karipap ka? Sya menyoal hairan sambil tersenyum sungging. Nurin tidak membalas jawapannya hanya membalas senyum bersahaja.

"Kak nurin dah boleh jadi ibulah, pandai buat karipap, donut, rajin masak. Dah boleh kawinlah kak nurin!" sambung Sya seakan bercanda.

Apa lagi,berderailah ketawa nurin. Masa kan sudah pandai buat karipap, buat donut, suka memasak maka dudah cukup syarat untuk menjadi isteri dan ibu? Adakah criteria itu sudah cukup untuk menempuh dan bersedia berumahtangga?

Masih terlalu jauh lagi, walaupun umur semakin meningkat dan sepatutnya seusia nurin memang patut sudah timang anak, bukan satu malah mungkin 4!tersenyum nurin bila memikirkan hal anak-anak.Bagaimanalah agaknya nurin menguruskan anak sendiri nanti?. Mesti gawat sekali, maklumlah bila kita sudah terbiasa hidup sendiri tidak punya adik beradik mungkin agak sukar sekali. Dan sampai saat ini pun nurin hanya boleh melihat sahaja tapi melayan karenah anak-anak adalah sesuatu yang diluar jangkaan. Paling lama pun melayan anak kecil setakat 1 jam jer yang nurin pernah lakukan lebih dari itu mulalah pening kepala.

Lucu betul,bila mengenangkan sikap sendiri. Sesungguhnya Allah tahu apa yang Dia takdirkan untuk nurin. Nurin bersyukur kerana diberi peluang seperti ini juga sudah cukup baik, walaupun belum mendirikan rumahtangga seperti teman-teman tapi nurin senang berada dalam keadaan sekarang.Dan impian nurin sekarang ialah hendak melanjutkan pengajian master nurin ke UK. Insyallah nurin masih berusaha untuk mendapatkan tempat dan sponsor untuk ke sana. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala-galanya untuk nurin.

" Kalau tidak dapat ke UK pun takpelah.Nurin akan ke UK juga", itulah yang selalu nurin katakan dengan teman-teman.

" UK kat sini? Ulu Klang ka?" teman-temanku melawak.

" UK Malaysia jer..UKM ler" jawab nurin tersenyum kambing.

Sebenarnya di mana juga sama, ilmu tidak memilih siapa, di mana dan bagaimana. Tapi bagaimana kita mendapatkannya, dengan siapa kita mempelajarinya dan di mana tempat yang selayaknya untuk lebih mendalami dan membuka luas cara kita berfikir.Corak pemikiran manusia ini berbeza dan pendedahan yang lebih global akan dapat membuat kita terus berfikir. Ini adalah satu nikmat kurniaan Ilahi yang diberikan pada manusia. Ilmu yang dipelajari akan menjadikan kita lebih mengenali diri kita dan mendekati Allah pencipta dan pemilik segala ilmu ini. Tidak sedikit pun terkurang hanya Dia milik segalanya.Kalau nak diikutkan apalah sangat yang nak dibangga dengan UK tu tiada satu pun nabi lahir di sana ataupun ahli sufi malah para tabien juga tiada tapi ilmu itu milik Allah walau di mana dan bagaimana hanya Allah saja yang tahu jawapannya.

Cuma nurin berharap walau di mana jua kaki ini melangkah untuk mendapatkan ilmu semoga Allah memberkati ilmu yang nurin pelajari. Dan dapat dimanfaatkan untuk diriku,agamaku,bangsaku dan juga tanah airku. Cinta nurin pada ilmu jika nak dibandingkan dengan manusia ilmu itu perkara no 1 yang akan bertahta di hati nurin. Maka tak hairanlah kalau masih hidup sendiri!Tiada ada yang lebih baik hanya doa yang nurin selalu panjatkan mudah-mudahan kejayaan akan selalu menjadi milik kita semua, untuk islam yang tercinta. Ini semua ujian Allah, semuanya ada ujian tersendiri yang harus kita hadapi dengan hati yang redha. Berkahwin atau tidak bukan itu masalahnya. Kerana berkahwin mempunyai ujian tersendiri, tidak berkahwin pun merupakan satu ujian juga.

Maka teman-teman kat luar sana janganlah bimbang, kalu yang belum berkawin tu boleh jer nak buat karipap, donut. Buatlah banyak-banyak mana tau boleh buat berniaga frozen food, jadi usahawanita yang yang berjaya dan hasilnya bukan untuk diri dan keluarga saja tapi boleh buat amal jariah tambah-tambah saham untuk tiket ke surga :) insyallah.

2 comments:

Anonymous said...

Salam Nurin,

Nurin ada buat ka karipap macam hat dlm gambar tu? Terlecuqnyaa..

Nurin Aiza said...

wslm..maaf sahabatku.lama nurin tak balas komen ni yer. agak bz dgn diri skrg ni :)karipap tu kalu rajin n ada masa barulah nurin buat.tapi kalu takde masa jemput-jemput jelah ;)