BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 12, 2009

Hati menangis rindu

Salam..dalam beberapa bulan ini hati nurin terasa rindu dengan arwah ibu.Lebih-lebih lagi bulan ini adalah tarikh pemergiannya. Sudah 14 tahun dia pergi meninggalkan anaknya ini tapi ubat rindu masih jua tidak ketemu. Setiap kali rindu itu datang memuncak airmata dan doa sahaja yang dapat nurin panjatkan untuknya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama orang-ornag yang soleh. Masa kecil dulu kalau orang bertanyakan tentang ayah dengan selama jer nurin akan menjawab "ayah dah takde, dah lama meninggal" sedikit tiada nada kesedihan di situ.Bukan kerana tak sayang, tapi ayah pergi ketika itu nurin terlalu kecil untuk mengetahui erti sedih dan duka. Malah belum mengerti apa itu kematian. Seusia 2 tahun, nurin sudah pun bergelar yatim dan sekali lagi ujian hebat untuk nurin ketika berjuang di dalam medan peperiksaan SPM ibu pula pulang untuk selamanya.Allah!!

Apakan dayaku untuk berkata ketika itu. Hanya airmata yang berhari2 bercucuran tanpa henti. Kini gelaran itu bertambah menjadi yatim piatu. Sesungguhnya Allah menyayangi mereka lebih dari nurin anaknya. Pemergian ibu memberi kesan besar buat nurin, hidup berkelana sendirian adalah cabaran yang sangat besar. Tetapi sesungguhnya Allah tidak pernah sesekali membiarkan hambanya. Sungguh hebat kuasaNya..kerana keyakinan yang tinggi alhamdulilah perjalanan itu sentiasa dipimpin oleh Allah.

Dan sehingga hari ini, nurin tidak pernah berhenti berjuang untuk meneruskan kehidupan. Maka berbahagialah teman-teman yang masih mempunyai kedua ibubapa. Jagalah mereka, sayangi mereka, hargai mereka, beri perhatian sepenuhnya kerana mereka adalah segalanya. Tanpa mereka mana mungkin kita dapat melihat alam ini. Mereka berjuang untuk membesarkan kita tanpa keluh dan kesah. Walaupun terkadang ada juga ibubapa yang tidak menghargai anak2 mereka, tetapi ingatlah anak tetap bergelar anak kepada seorang ibu dan ayah. Seburuk mana pun kedua orang tuamu, terimalah seadanya sesungguhnya itu ujian untukmu supaya menjadi orang yang lebih sabar. Dan anggaplah semua itu hanya sebahagian dari ragam manusia yang Allah ciptakan di dunia yang fana ini. Doakan mereka semoga hidayah akan megetuk pintu hati walau sekeras mana pun hati itu. Dan jangan sesekali kamu menderhakai mereka. Ingatlah pesanku ini teman2 semua, selagi ada hayat kedua ibubapamu jangan sesekali kamu meninggikan suaramu. Kerana pernah didepan mataku ini menyaksikan kederhakaan anak pada ibunya sehingga mengangkat parang untuk menetak ibunya yang telah tua. Akhirnya apa terjadi pada anak itu? sekarang dia berjalan kehulu ke hilir di tepi jalan tanpa kasut, tanpa selipar. Bercakap sendiri sambil menghayun parang kadang-kadang tanpa baju di badan.

Allah sesungguhnya, Kau Maha mengetahui apa yang berlaku. Segalanya Kau susun untukku mengikut kemahuan dan kehendakMu. Aku hanya hambaMu yang terkadang berhati pilu, sedih berlagu rindu tapi ya Allah aku terima apa saja yang ketentuanMu. Sesungguhnya aku yakin padaMu melebihi segala-galanya.

"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu".

Fussilat:30

4 comments:

Anonymous said...

Salam Sahabatku Nurin,

Allah Nurin.. sungguh saya terharu membaca artikel kamu ini.. Nurin sungguh tabah! Semoga Allah merahmati kedua ibubapa Nurin, dan semoga kedua mereka di tempatkan bersama golongan yang amat dikasihi Allah, Aminn..

Terima kasih untuk artikel yang menginsafkan ini.. teruskan menulis! I love it much!

*hugs*

Nurin Aiza said...

salam ayza,

terima kasih melawat blog nurin ni. baru jer nak belajar berblog. Dari dulu lagi nak menulis tapi tiada kesempatan.Insyallah semoga Allah beri kekuatan pada nurin utk menulis.

Ujian setiap manusia berbeza, nurin terima dgn hati yg rehda. Apa pun dan siapa pun kita akan kembali jua kpd Pencipta.

Nuha Hashim said...

salam..I really can feel how you feel it..Even I just lost my dad, but it really make my life so empty..But remember friend, Allah is always there..Trust in Allah, you will never sad..

Nurin Aiza said...

salam..thank you because really understand me. But,I'm very grateful because Allah give good living to me compared to other people.Alhamdulilah,even its difficult for this life journey, I will undergo persistently and patient. May Allah, always award me and make me always thankful. Lots of people out there suffer more than me if want to be compared test that i had cross. And for u friend, be patient with death of yor father because Allah love him more than all of us.Hopefully his soul sprinkled blessing and condolence from me for you and your family.