BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 25, 2010

Bila hati mula berbicara


salam...

Sesungguhnya bulan ini masih belum punya karya nurin, yang terpampang di jendela ini. Memang sedikit sibuk kebelakangan ini tapi dalam kesibukan itu hati ini mula berbicara disebabkan kisah seorang teman yang telah pun melangkahkan kakinya semalam untuk menunaikan umrah. Nurin serta kawan-kawan yang lain turut menghantarnya ke KLIA. Hati mula berbicara " Bila giliran aku? sempat ke aku melihat rumah Allah di tanah suci Mekah? bila nak cukup duit ni? kuatkah aku nanti bila sampai saat itu? bilalah Allah akan undang aku? layak ke aku menjadi tetamu Allah ni? Allah....begitulah bermain di hati kecil nurin. Sayu terasa hati, bila menghantar kak kir, kak tasnim dan salmi di check in point. Terasa hatiku sudah sampai nun jauh ke Tanah suci itu, cuma jasadku masih tegak berdiri di airport yang sejuk!


Airmataku cuba untuk menitis..sebak hatiku menjadi-jadi bila kami terpaksa pulang duluan kerana fligth malam itu ditunda ke pukul tiga pagi! Tapi kupendamkan saja rasa hati kecilku ini, sabar wahai hati!sabar..sesungguhnya Allah pasti menjemputmu ke rumahNya. Tanpa kau sangka-sangka dan tanpa kau duga. Semuanya dengan izin Allah dan rahmatNya. Dengan segera ku usir jauh-jauh rasa hati ini, insyallah giliran aku untuk menunaikan umrah dan haji pasti akan tercapai. Allah tahu niat yang baik..dan pasti Dia makbulkan.


Ya Allah...aku mohon padaMu, walaupun hanya sekali dalam hidupku aku dapat memijakkan kaki ke rumahMu, izinkan aku ya Allah mencium tanah suciMu..beribadah di tempat yang di muliakan olehMu, melawat Baginda Rasullah SAW kekasih hati setiap hambaMu...tawaf bersama Rasullah SAW, bersama para sahabat, para tabien, para syuhada walaupun aku adalah insan di barisan terakhir!! jika aku layak berada di tempat itu...sesungguhnya kaulah Maha mengetahui, amin.

2 comments:

ayzagursoy said...

Assalamualaikum sahabatku Nurin,

Apa khabar kamu? Lama tak dengar berita, rindu pula rasanya. Semoga Nurin di sana sihat dan sejahtera di bawah lindungan Allah. InshaAllah Nurin, selagi niat sudah ada, lambat atau cepat pasti akan menjejak ke sana. Dan siapa tahu, kelak Nurin akan kerap ke Tanah Suci sebagai tetamu Allah. Allah Maha Mendengar, dan Maha Tahu.

Semoga sahabat-sahabat Nurin yang telah terbang ke Tanah Suci selamat mengerjakan ibadah mereka.

Salam sayang buat Nurin yang selalu dekat di hati. *hugs*

Nurin Aiza said...

Wa'laikumsalam buat sahabatku ayza,

Alhamdulilah, nurin sihat-sihat saja disini. Cuma kebelakangan ini agak sibuk sekali. Cuba juga meluangkan masa untuk menulis diblog ini.Tengoklah tu, nak link blog lain pun tak sempat :)

Mudah2an doa Nurin untuk ke tanah suci akan dimakbulkan Allah hendaknya. Terima kasih ayza kerana sentiasa mengingati nurin. Begitu juga nurin sentiasa mengingati Ayza, etuy , ismail serta sekeluarga. Semoga kalian sentiasa dalam Rahmat dan kasih sayang Allah..

Peluk cium untuk kamu, etuy, ismail dan juga ibumu...kirim salam semua yer. Nurin love you all.