Salam..
Ibnul Qayyim menyebut beberapa perkara yang dapat melapangkan dada. Yang utama dan terpenting adalah tauhid. Dengan kebersihan dan kesucian, tauhid boleh membuat hati menjadi lapang, bahkan dapat membuatnya menjadi luas dari dunia dan isinya.
Ada pun perkara lain yang dapat melapangkan dada adalah seperti berikut;
1. Ilmu yang bermanfaat, kerana orang-orang yang berilmu(para ulamak) orang yang paling berlapang dada, orang yang paling bahagia kerana merekalah pemegang warisan tinggalan Rasulullah.
2. Amal soleh kerana ia dapat memberi cahaya bagi hati, sinar di wajah, kelapangan rezeki dan menimbul kecintaan di hati orang-orang sekitarnya.
3. Keberanian. Seorang yang berani adalah orang yang mempunyai tekad yang bulat, teguh pendirian, dan kuat tubuh badan. Dia sentiasa tertumpu pada Allah Yang Maha Pengasih, tidak pernah risau akan apa yang terjadi, tidak pernah tergoncang dengan cubaan dan tidak pernah gentar dengan segala ketakutan.
4. Menjauhkan maksiat, sebab maksiat adalah penyebab kekeruhan jiwa, kegelisahan dan kegelapan hati.
5. Menjauhi tindakan yang berlebih-lebihan dalam hal yang mubah, baik dalam berbicara, makan minum, tidur dan bergaul.
Cubalah kita sama-sama, nurin dan pembaca budiman berlapang dada dengan mencari kebahagian di dalam kehidupan kita di dunia yang fana ini dengan mengenal sendi-sendi kebahagian. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir dan diri yang selalu bersabar.
:- Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni-: La Tahzan
0 comments:
Post a Comment