BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 30, 2011

Surat Untuk Tuhan

Salam...


Tuhan,

Hatiku sayu sekali hari ini,

Sekian kalinya airmata ini jatuh lagi,

Kenapa begini ya Tuhan?

Inikah dugaanmu disetiap kesalahanku?


Tuhan,

Kuatkan hatiku untuk menghadapi segala-segalanya,

Walauapa pun berlaku, aku akan terus redha dengan ujianmu,

Biarlah rasa ini terpendam, terasa sakitnya bagai sembilu menghiris hati,

Kalau airmata bisa mengurangkan kesedihan ini,

Aku ingin menangis sepuas hatiku.


Tuhan,

Sekiranya perkara ini hanya untuk menguji kesabaranku,

Jadikan aku insan yang sabar dan terus bersabar,

Walaupun aku tahu kelemahanku,

Jika perkara ini menjadikan pengajaran buatku,

Maka biarlah aku pasrah dan redha menerima,

Apa yang sepatutnya aku harus terima.


Tuhan,

Aku tidak kuat, maka Kau tolonglah aku,

Bukan mataku saja yang mengalirkan airmata,

Tapi hatiku jua turut menangis hiba dan sendu,

Pada siapa ingin aku mengadu Tuhan?

Kalau bukan hanya padaMu,

Kerana manusia juga tidak boleh menghapuskan

segala kehibaanku.

Monday, June 27, 2011

Hikmah disetiap kejadian



salam...perasaan nurin susah untuk digambarkan saat ini. Semuanya bercampur baur. Tapi apa yang pasti Nurin tahu setiap peristiwa yang berlaku pasti ada hikmah dan kebaikan untuk kita..untuk hidup kita. Semalam ada sesuatu yang berlaku dalam hidup yang sedikit sebanyak menyentuh perasaan nurin. Ada perasaan sedih,duka, gembira dan macam-macam rasa. Tapi yang pasti setiap yang berlaku ada kebaikan untuk diri dan keluarga nurin. Alhamdulilah kerana Allah memudahkan segalanya, sifat redha dan sabar acapkali kedengaran mengingatkan nurin bahawa dunia ini hanya sementara saja tiada satu pun yang kekal.


Kejutan demi kejutan Nurin terima sejak minggu lepas hinggalah hujung minggu yang baru saja berlalu. Setelah sekian lama, dengan izin Allah Nurin dapat berjumpa dengan anak buah nurin yang sudah lama terpisah. 8 tahun satu jangka masa yang lama, dari sekecil dia 2 tahun tidak dapat bertemu kini sudah besar panjang..cantik dan comel. Tiha..itulah namanya,anak comel semakin meniti menjadi anak dara sunti tu sudah pandai bergaya, pandai berkata-kata tak ubah ketika dia masih kecil lagi. Seingat nurin, masa tiha 2 tahun..dia suka menyanyi. Lagu kegemarannya lagu "tanggal 31" lagu kemerdekaan tapi sudah diubah liriknya menjadi "tanggal bulu ketiak aku" ^_^ kecil2 lagi sudah pandai melawak dan buat orang tersenyum.


Nurin rasa terharu dengan kehadiran insan yang nurin rindu walaupun kedatangannya penuh dengan makna tapi sesungguhnya dia juga tahu bahawa inilah yang terbaik untuk semua pihak. Dalam kesibukan melayan perasaan, sempat juga nurin memasak untuk tetamu. Hidangannya bukanlah istimewa sangat, sekadar bihun sup dan kuih kegemaran kami "gegetas". Arwah ibu selalu buat kuih ni, dan setiap kali buat kuih ingatan nurin akan jauh melayang teringatkan ibu. Satu lagi kuih yang biasa ibu buat "tepung gomak" memang sedap kalau ibu yang buat, tiada siapa yang dapat menafikannya.


Saat ini Nurin hanya berdoa semoga kami akan sentiasa bahagia, hidup dalam limpah dan rahmat Ilahi. Semoga segala kasih sayang dan pengorbanan yang dilalui merapatkan lagi hubungan silatulrahim yang sekian lama terpisah.

Friday, June 24, 2011

Babyku pemalu...



Salam..apa khabar semua? diharapkan semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Nurin dan suami alhamdulilah..baby pun sihat-sihat juga. Tapi baby nurin pemalulah..huhu, hari rabu lepas kami berdua ke pusat rawatan untuk check up dan lepas tu scan baby sekali. Ayah baby sikit punya excited nak tengok anaknya ^__^ hehe. Nurin pun tak sabar nak tengok bagaimana perkembangan baby. Pagi-pagi lepas solat subuh, hubby nurin kata dia pulak yang berdebar-debar nak tengok baby. Nurin senyum jer. Ini kali kedua nurin jalani sesi scan ni, masa yang pertama tu masa usia kandungan 3 bulan. Tapi kali ni kami berdua sangat teruja sebab nak tengok jantina baby dan tengok rupanya.


Nak dijadikan cerita, masa doktor tunjukkan kat monitor tu, baby tak mahu gerak-gerak pun. Baby cam tidor je..hehe. Doktor kata baby ok,cuma dia malas kot nak gerak-gerak. Elok betul baby menunjukkan tulang belakang dan punggungnya..^__^ sabar jelah. Nurin nak tengok tangan dan kakinya pun tak dapat sebab dalam posisinya membelakangkan kita lak tu. Nampak jelas babyku dah besar skit kalu nak dibandingkan masa 3 bulan dulu. Setelah scan, doktor beritahu baby kecil dari tarikh yang sepatutnya. Doktor kata, kalau ikut scan baby akan lahir pada 13 November iaitu lebih 8 hari kedepan dari tarikh yang sebenar. So maknanya nurin masa pergi scan tu belum masuk 5 bulan pun. Musykil juga??? Tapi yang pasti doktor dah beri due date baru,hujung minggu ni baru masuk 5 bulan. Tak kisahlah tu asal baby sihat tiada apa-apa dah cukup bagiku.


Hubby nurin cakap, nanti kandunganku cukup 6 bulan..hubby nak bawa pergi scan klinik pakar, scan 4D..eemm tak sabarnya nak tengok baby ^_^ kali ini nurin nak gerakkan baby supaya bangun, jangan malas-malas..hehe. Rasa seronok sangat bila bercakap soal baby ni. Rasa macam tak sabar nak tengok baby lahir ke dunia..belum apa-apa lagi,nurin dan hubby dan cakap soal adiknya pulak..hehehe,biar betul!^___^ Keadaan nurin sekarang ni walaupun sihat tapi terasa juga keletihan dan kepenatan yang semakin bertambah dari hari ke hari. Kerap juga sekarang lepas magrib nurin tertidur sampai dikejutkan hubby untuk solat isyak. Kesian suamiku kadang-kadang pun dia terlena sama sebab tiada geng nak borak, sebab nurin dah ngorok dulu..hehe.


Dalam kesibukan melayan diri ketika hamil ni, pelbagai juga ujian dan masalah yang datang. Kerap kali juga diri ini menitiskan airmata ibu..huhu mungkin kerana keadaan nurin yang agak lemah ni, menyebabkan diri menjadi terlalu sensitif. Tapi alhamdulilah hubby sentiasa memujuk dan memberi semangat kepada nurin dalam apa hal jua. Nurin rasa bertuah sangat kerana dalam saat begini suamilah tempat nurin mencurahkan segala-segalanya dari soal pelajaran, pelbagai masalah lain hinggalah ke research nurin semua hubby ambil tahu.

Thursday, June 16, 2011

Air Gula

Salam...ada citer baru minggu ni^__^...hari selasa yang lepas nurin ke pusat kesihatan. Rasanya dalam bulan ni kena 2 kali pergi ke sana. Minggu depan ada lagi appointment dengan doktor untuk scan baby. Maklum ler next week usia kandunganku dah masuk 5 bulan. Seronok sangat ^_^ tapi takut juga yelah hari tu punya saringan gula belum tahu lagi keputusannya..huhu.


Nurin tak tahu pun ibu mengandung kena minum air gula. Awal-awal pagi nurin dah bertolak dari rumah. Sampai je kat sana letak buku pink tu, nurse terus tanya "minum air gula?" Nurin menganggukkan kepala. Setelah beberapa minit terus namaku di panggil untuk ambil darah. Alhamdulilah, proses ni mudah sebab dah biasa derma darah, so tak susah sangat nak cari urat. Tapi ada sesetengah ibu terpaksa di cucuk 2,3 kali sebab darah tak keluar..kesian,huhu.


Lepas tu apa lagi, seorang nurse tengah menyusun lebih dari 10 gelas air gula kat atas meja berhampiran. "Ibu pergi minum air gula kat sana ye" kata nurse sambil tersenyum. Ntah apalah rasanya ni..manis macam air gula yang bancuh dengan sirap tu ke? huhu Nurin belek gelas yang hampir nak 500liter kot, "kena abiskan ke kak?" pandangku pada nurse tadi. " Ya dik, abiskan lepas tu jangan minum dan makan apa2 selama 2 jam. Nanti kita ambil darah lagi", kata nurse.



Bila air gula mencecah bibir Nurin..mak aiii! manisnya..kawan disebelah yang turut minum air gula pun mengeluh macam nak muntah je..huhu. Sepanjang mengandung ni memang nurin suka makan dan minum benda yang manis tapi taklah semanis air gula ni. Kuatkan juga semangat untuk minum....akhirnya berjaya juga!tanpa muntah..hehe,alhamdulilah.


Proses menunggu yang terlalu lama membuatkan Nurin bosan sedikit, dahlah tak boleh pergi sarapan. Kat luar pulak hujan lebat..mengigil duduk dalam pusat rawatan tu. Nurin pandang kiri kanan..ramai betul ibu-ibu mengandung, macam2 saiz perut ada. Ada yang comel je, ada pulak yang macam gunung tunggu nak meletup je..hehe. Di sebelah Nurin ada sorang kakak tu menegur "adik dah berapa bulan?" " Dekat 5 kak" jawabku sambil tersenyum. " Keciknya...anak sulung ke?" "eemmm" ciankan, kataku dalam hati. Nurin pun tak tahu kenapa perut Nurin kecik walaupun dah nak masuk 5 bulan. Ramai orang ingat nurin baru 3 bulan..huhu. " Memang dik kalau anak sulung memang perut tak nampak sangat,lagi pun adik tinggi, besar ruang kat dalam tu" kata kakak yang menyapaku. Nurin hanya tersenyum mengiya saja.


Orang cakap kalau dah 5 bulan, kita akan rasa baby kita gerak. Tapi nurin belum rasa apa-apa lagi. Mudah-mudah tak ada masalah hendaknya. Risau juga, sebab ini pengalaman pertama. Banyak yang nurin tak tahu..habis semua orang nurin tanya. Insyallah semoga Allah pelihara anak yang ada dalam kandunganku ini. Tepat pukul 10 pagi namaku di pangil untuk ambil darah yang kedua." Lepas ni kena tunggu result ke nurse?" " tak, nanti minggu depan kita akan beritahu tapi kalau paras glukosa adik ada masalah kami akan call ye". Huh! suspennya.

Balik je, nurin terus meng-google kesan glukosa yang tinggi pada ibu mengandung. Takut juga bila dapat tahu baby boleh meninggal dalam perut kalau kita ada kencing manis dan juga boleh menyebabkan kecacatan. Selain dari baby akan besar..ibu biasanya tidak bersalin secara normal.."kena ikut tingkap" huhu tingkap mana pulak ni??Kena bedahlah..ya Allah takutnya.
Mudah-mudah Allah mudahkan proses mengandung dan bersalin Nurin. Dari semalam sampai le pagi ni, perut nurin rasa sakit kat sebelah kanan. Malam tadi tido agak terganggu sikit.Kalau duduk lama-lama pun pinggang akan terasa lenguh mencucuk-cucuk. memang macam tu ke?


Tak sabar rasanya tunggu minggu depan, nak tengok baby ^_^ ayahnya pun excited juga. Dah siap amik cuti setengah hari sebab nak teman Nurin pergi scan. Mana boleh lepaskan peluang ni, ye tak?hehe..insyallah kalu tiada aral doktor akan beritahu jantina baby. Seronoknya..Nurin tak kisah, sama ada baby boy or girl sama saja. Asal baby sihat dan selamat di lahirkan ke dunia ini. Tapi hubby nurin teringin sangat nak baby girl ^__^ cumil kan..hehe. Never mind hubby, kalau tahun ni tak dapat girl, tahun depan ada lagi..hehehe luv u cinta

Thursday, June 9, 2011

Mengidam

Salam...syukur sangat-sangat apa yang nurin teringin nak makan semuanya dapat dengan mudah..alhamdulilah. Semalam dapat makan samosa yang memang nurin teringin sangat sejak sebulan lalu. Tapi disebabkan tak boleh nak makan kerana mabuk yang teruk terpaksa ditundakan hajat tu. Hari ni pula memang rezeki baby yang ku kandung ni. Dekat cafe ada pulak jual keladi goreng, bukan saja besar tapi rasanya sangat lemak dan sungguh sedap. Sambil makan tu, nurin teringatkan suamiku yang demam dah beberapa hari. Kesian dia, walaupun tidak sihat masih lagi pergi bekerja. Disuruh ambil cuti tidak mahu...itulah yang membimbangkan nurin. Semoga Allah sentiasa melindungimu cinta..cepat sihat dan kembali ceria.


Sekarang cuaca tidak menentu, ramai kawan-kawan deman, sakit tekak,selsema dan batuk. Batuk nurin pun mula dah kedengaran, hari tu dah baik tapi nampaknya makin kuat pulak sekarang. Apa pun diharapkan cepatlah kurangnya. Menjelang kandungan nurin yang semakin membesar ni, memang terasa kepanasan melanda walaupun kipas dah on ke tahap 3 atau semaksima yang boleh, tapi masih jua panas. Orang kat sebelah dah mengigil kesejukan tapi kita masih lagi menitis peluh kepanasan..pelik betul.


oh ye! lauk keduaku selepas kari..sup ayam bersama bubur nasi. Hari isnin yang lepas kerana badan suamiku yang terlampau panas, nurin masakkan sup ayam. Alhamdulilah,dapat juga nurin masakkan untuk suami tersayang. Kesian dia, nak makan yang lain mesti tak lalu..biasalah orang demam. Tapi yang best tu, bila tengok suamiku makan..bertambah-tambah bubur dan sup. Alhamdulilah..hatiku gembira melihat suamiku makan,risau juga kalau dia tidak mahu makan. Sambil makan suamiku tak henti memuji sedap.."terima kasih sayang" ucapan suamiku. Terharu nurin mendengarnya,apalah sangat sup dan bubur tu kalau nak di ikutkan..insyallah suamiku selagi nurin sihat dan terdaya, selagi itulah isterimu sentiasa berkhidmat untukmu hingga akhir nyawaku.

Monday, June 6, 2011

Beransur Pulih

Salam..alhamdulilah, Maha suci Allah yang memberi penyembuhan bagi setiap kesakitan, kini keadaan nurin semakin pulih. Rasa bersyukur sangat sebab sudah boleh mula makan, walaupun tidak semua makanan yang boleh masuk tetapi sekurang2nya nurin tidak rasa lapar sangat dan pedih perut lagi. Usia kandunganku sudah masuk 18 minggu,alhamdulilah semoga Allah sentiasa melindungi kami berdua. Pengalaman hamil kali pertama ini begitu berharga sekali,benar-benar menguji kesabaran dan minda. Bukan Nurin sahaja yang terasa,malah suamiku yang tersayang juga turut terasa beban yangku tanggung. Alhamdulilah, kerana suamiku sentiasa memahami keadaan diriku,walaupun terkadang kesian melihat dirinya yang terpaksa menguruskan sendiri keperluan kami berdua.


Sudah beberapa bulan juga nurin tidak ke dapur, malah basuh pinggan sebiji pun tidak tersentuh olehku. Apa yang dipegang semuanya membuatkan Nurin semakin mual dan muntah. Tapi,baru sehari dua ni..Nurin beranikan diri untuk memasak. Walaupun rasa tak yakin boleh lakukan,tapi suami sentiasa mendorong dan memberi semanggat padaku. Suamiku pula meminta masakkan kari ayam,teringgin benar katanya. Bukan tiada di kedai,malahan kedai mamak pasti menghidangkan kari yang jauh lebih lazat dari kari yang Nurin masak. Kesian melihat suamiku, yang benar2 merindui masakkan ku.Alhamdulilah, sabtu lepas berjaya juga akhirnya Nurin masak kari ayam dibantu oleh suamiku. Terharu melihat suamiku makan,bertambah. Petangnya pula suamiku goreng roti prata segera dan dicicah bersama kari ayam tu. Sedap katanya.."pandai isteri abang masak, lepas ni bolehlah masak asam pedas pulak" katanya sambil tersenyum.

(ihsan google)

Allah,banyak pula permintaan suamiku ni..tersenyum Nurin melihat telatah suami, yang sememangnya menanti masa saja, Nurin masakkan asam pedas kegemarannya. Syukur alhamdulilah, suami suka dengan masakan nurin, walaupun tak sedap mana tapi cukup membuatkannya tersenyum sambil memuji. Insyallah semoga Allah sentiasa beri kesihatan pada Nurin untuk meneruskan tanggungjawabku sebagai isteri padanya.


Setiap hari perut Nurin semakin membesar,kadang-kadang tu macam tak percaya ada manusia dalam perut ini. Sungguh takjub betul dengan kejadian yang Allah ciptakan ini, rasa terharu dan bersyukur kerana menjadikan Nurin sebagai wanita,dapat merasai detik-detik untuk bergelar seorang ibu. Setiap saat doaku pohon supaya Allah melindungi anak yangku kandung ini, memberi kesihatan padanya,mengurniakan anak yang sempurna dan pintar,menjadikan dia anak yang baik dan soleh, insan yang mempunyai akhlak dan budi perkerti yang mulia, diberikan keimanan dan kefasihan padanya untuk membaca al-quran dan hadis.


Pengalaman ketika hamil ini, terlalu sukar untuk Nurin gambarkan. Perasaan gembira dan takut semuanya bercampur baur. Yang pasti pada Allah Nurin selalu panjatkan doa,semoga diberi kekuatan untuk menghadapi saat-saat bergelar ibu dan suami sentiasa memberikan sokongan dan semanggat padaku.