Tuhan,
Hatiku sayu sekali hari ini,
Sekian kalinya airmata ini jatuh lagi,
Kenapa begini ya Tuhan?
Inikah dugaanmu disetiap kesalahanku?
Tuhan,
Kuatkan hatiku untuk menghadapi segala-segalanya,
Walauapa pun berlaku, aku akan terus redha dengan ujianmu,
Biarlah rasa ini terpendam, terasa sakitnya bagai sembilu menghiris hati,
Kalau airmata bisa mengurangkan kesedihan ini,
Aku ingin menangis sepuas hatiku.
Tuhan,
Sekiranya perkara ini hanya untuk menguji kesabaranku,
Jadikan aku insan yang sabar dan terus bersabar,
Walaupun aku tahu kelemahanku,
Jika perkara ini menjadikan pengajaran buatku,
Maka biarlah aku pasrah dan redha menerima,
Apa yang sepatutnya aku harus terima.
Tuhan,
Aku tidak kuat, maka Kau tolonglah aku,
Bukan mataku saja yang mengalirkan airmata,
Tapi hatiku jua turut menangis hiba dan sendu,
Pada siapa ingin aku mengadu Tuhan?
Kalau bukan hanya padaMu,
Kerana manusia juga tidak boleh menghapuskan
segala kehibaanku.
0 comments:
Post a Comment