BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 8, 2011

Agenda baru

salam...rasa seminggu lamanya tidak mencoretkan apa-apa. Bukanlah bz sangat tapi tak tahu apa yang nak dicoretkan. Keadaan baby macam biasa, dah mula rasa pergerakannya dalam minggu ini. Walaupun perlahan saja gerakannya tapi kadang-kadang nurin terperanjat juga, apa tidak,kalau nurin lambat makan saja mulalah baby tendang dengan kuatnya ^_^ terasa sangat..biar betul!macam tak percaya ada orang tendang perut kita..hehe. Hari ni baby senyap jer mungkin kejap lagi baby bangun ler tu.


Kebelakangan ini Nurin ada "agenda baru" hubby nurin baru je belikan oven untuk nurin. Apa lagi, banyak ler order menu darinya ^_^ Boleh tahan le ordernya..lagsana, cheese cake, blueberry cheese tart..minggu lepas nurin buat 2 jenis puding, eagless caramel puding dan puding tembikai. Hari isnin lepas nurin buat beef lagsana untuk hubby nurin..bukan main suka lagi hubbyku. Siap ambil gambar..huhu. Semualah nurin masak, dialah sibuk ambil gambar, puding le, sup le, bubur nasi pun jadi mangsa bergambar..hehe. Bukanlah sedap pun masakannya tapi hubbyku memang minat betul me"memori "kan segala masakanku. Hari ini nurin tak sempat pula nak mengeditkan gambar2 masakan nurin, lain kali sajalah jika ada kesempatan ye..


Weekend ni memang sudah pun ada perancangan untukku. Suamiku dah tak sabar-sabar nak buat blueberry cheese tart. Nurin yang buat, hubby tukang bantu cuci-cuci, sukat-sukat..dan tukang komen!^_^ banyak agenda hujung minggu ni, ntah larat atau tidak nurin ke dapur. Harap-harap sihatlah hendaknya. Badan nurin sekarang makin penat, cepat betul letih..semakin kandungan membesar terasa "berat" yang dipikul. Kalau orang tengok macam tiada apa2, tapi kita yang menanggung. Walaubagaimana pun, nurin bersyukur sangat kerana suami nurin banyak membantu, cuma hubby malas betul nak tolong picit. Kalau diminta picit or gosok-gosok belakang badan..macam2 alasan diberi,huhu. Kadang2 merajuk juga, bila hubby buat tak tahu..tapi selalunya hubbyku cakap jer tak mahu tapi lepas tu picit juga bila tengok nurin dah buat muka seposen!hehehe..


Bulan depan umat islam sudah mula berpuasa, tak sabar menunggu kedatangan ramadhan yang mulia. Terasa keseronokkan, keindahan, keinsafan dalam bulan yang penuh barakah ini. Harap2 nurin laratlah, takut juga dalam keadaan berbadan dua ni tak larat pula nak berpuasa.Insyallah kalau Allah izin dan diberi kekuatan serta kesihatan selain membuat ibadah sepanjang ramadhan ini, nurin plan nak buat tart nenas. Tart nenas ni memang tradisi keluarga nurin. Keluarga nurin ramai yang berniaga tart nenas ni..malah nurin dulu pun rajin juga membuat dan menjualnya masa bekerja dulu. Tapi setelah sekian lama nurin "bercuti" maka projek uli menguli kuih ni akan bermula semula nampaknya^_^ tunggu sajalah kejadian tart nenas nurin, nanti nurin editkan gambarnya.


0 comments: