BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 13, 2011

Aktiviti Masa Lapang

Salam..alhamdulilah,syukur dengan nikmat yang diberi Allah..nikmat kesihatan yang tidak terhingga ini haruslah di syukuri bagi setiap hamba Allah. Masa berlalu dengan pantas sekali, tanpa kita sedari umur kita semakin menganjak senja..badan pun mungkin tidak sekuat dulu. Tidak sama masa kita muda remaja dulu,boleh bersukan..lari sana sini, main bola sepak,bola jaring,lari pecut semuanya no problem langsung. tapi semakin umur meningkat ini bukan saja tiada masa untuk melapangkan diri tapi badan sudah mula rasa sakit2 sana sini.Belum lagi tua gayut tu ^_^ Mungkin disebabkan gaya kehidupan seseorang mempengaruhi kesihatan badan yang kadang-kala memberi kesan jangka masa panjang.


Hujung minggu yang lalu, projek yang dirancang berjalan dengan "jayanya"..hehe, hari sabtu nurin menguli " blueberry cheese tart" dengan hubby nurin yang duk celam-celum...kejap ada kejap takde macam biskut chipsmore^_^ nak tengok hasilnya..kita tengok gambarnya dulu..


Apa macam cantik tak ??boleh jual tak..hehe


Cheese tart ni nurin buat satu adun jer, dapatlah 12 biji..banyak juga,besar2..puas makan. lain kali kalau nak buat lagi nurin nak buat kecil sedikit dari yang ini. Hubby nurin siap bawa tempat keje lagi bagi kawan-kawannya rasa. Semua puji sedap ^_^ sampai ada yang nak ambil order lagi tu..hehehe. Alhamdulilah hubbyku suka sangat makan. Rasanya dia jer yang duk makan,yelah kami berdua jer kat rumah. Nurin suka tengok hubby makan, tu yang rajin nak buat lagi tu...


Hari ahadnya pula, nurin buat tart nenas..masak inti sendiri tak banyak pun 4 biji nenas jer tapi terlupa pulak nak snap gambar inti. Hubby nurin snap gambar tart jer..mari kita tengok



Ni dah siap bakar...bolehlah layan...^_^ dah ada tempahan ni..


Tart nenas ni pun buat satu adun jer..cukuplah untuk makan sendiri dan bagi2 kawan hubby kat opisnya. Lepas tu adalah yang dah bertanya nak pesan untuk raya..hehe. Tengoklah dulu keadaan nurin, kalau sihat dan berdaya nak buat..insyallah, tidak boleh janji apa2 maklum ler orang mengandung ni bukan boleh duga dan jangka kesihatannya.

Yang ni pulak nurin edit gambar-gambar minggu lepas masa buat beef lagsana dan puding. Kita layan gambar jelah..bendanya dah abis pun..hehe tapi alhamdulilah semuanya abis dimakan. Siap boleh bagi kawan2 rasa oklah tu..


Beef Lagsana..hubby cakap sedap,siap request esok buat lagi ni..^_^


Eagless Caramel Puding...

N


N


N


N

N

Puding Tembikai


Resepi puding nurin ambil kat blogger yang memang aktiv masak memasak..contohnya mat gebu, hasue, kak ummi..terima kasihlah kongsi resepi yang sedap ni. Tapi Nurin tak pasti dari blogger mana nurin ambil resepi ni sebab dah ramai sangat pergi rujuk^_^ mereka ni semua memang pakar masak memasak, kuih menguih..kek "mengekek" ..hehe gambar ni semua hubby nurin yang snap..nurin malas sikit nak mabil gambar. So far resepi yang ambil kat blogger ni semua menjadi cuma kita nak kena pandai agak-agak juga dan ikut citarasa sendiri. Well thanks for my hubby kerana menghargai setiap masakan nurin and coming soon our baby pulak tukang makan apa yang mummynya masak..ada geng ler cinta yer..hehehe

0 comments: