BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 27, 2011

Hikmah disetiap kejadian



salam...perasaan nurin susah untuk digambarkan saat ini. Semuanya bercampur baur. Tapi apa yang pasti Nurin tahu setiap peristiwa yang berlaku pasti ada hikmah dan kebaikan untuk kita..untuk hidup kita. Semalam ada sesuatu yang berlaku dalam hidup yang sedikit sebanyak menyentuh perasaan nurin. Ada perasaan sedih,duka, gembira dan macam-macam rasa. Tapi yang pasti setiap yang berlaku ada kebaikan untuk diri dan keluarga nurin. Alhamdulilah kerana Allah memudahkan segalanya, sifat redha dan sabar acapkali kedengaran mengingatkan nurin bahawa dunia ini hanya sementara saja tiada satu pun yang kekal.


Kejutan demi kejutan Nurin terima sejak minggu lepas hinggalah hujung minggu yang baru saja berlalu. Setelah sekian lama, dengan izin Allah Nurin dapat berjumpa dengan anak buah nurin yang sudah lama terpisah. 8 tahun satu jangka masa yang lama, dari sekecil dia 2 tahun tidak dapat bertemu kini sudah besar panjang..cantik dan comel. Tiha..itulah namanya,anak comel semakin meniti menjadi anak dara sunti tu sudah pandai bergaya, pandai berkata-kata tak ubah ketika dia masih kecil lagi. Seingat nurin, masa tiha 2 tahun..dia suka menyanyi. Lagu kegemarannya lagu "tanggal 31" lagu kemerdekaan tapi sudah diubah liriknya menjadi "tanggal bulu ketiak aku" ^_^ kecil2 lagi sudah pandai melawak dan buat orang tersenyum.


Nurin rasa terharu dengan kehadiran insan yang nurin rindu walaupun kedatangannya penuh dengan makna tapi sesungguhnya dia juga tahu bahawa inilah yang terbaik untuk semua pihak. Dalam kesibukan melayan perasaan, sempat juga nurin memasak untuk tetamu. Hidangannya bukanlah istimewa sangat, sekadar bihun sup dan kuih kegemaran kami "gegetas". Arwah ibu selalu buat kuih ni, dan setiap kali buat kuih ingatan nurin akan jauh melayang teringatkan ibu. Satu lagi kuih yang biasa ibu buat "tepung gomak" memang sedap kalau ibu yang buat, tiada siapa yang dapat menafikannya.


Saat ini Nurin hanya berdoa semoga kami akan sentiasa bahagia, hidup dalam limpah dan rahmat Ilahi. Semoga segala kasih sayang dan pengorbanan yang dilalui merapatkan lagi hubungan silatulrahim yang sekian lama terpisah.

0 comments: