BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 6, 2011

Beransur Pulih

Salam..alhamdulilah, Maha suci Allah yang memberi penyembuhan bagi setiap kesakitan, kini keadaan nurin semakin pulih. Rasa bersyukur sangat sebab sudah boleh mula makan, walaupun tidak semua makanan yang boleh masuk tetapi sekurang2nya nurin tidak rasa lapar sangat dan pedih perut lagi. Usia kandunganku sudah masuk 18 minggu,alhamdulilah semoga Allah sentiasa melindungi kami berdua. Pengalaman hamil kali pertama ini begitu berharga sekali,benar-benar menguji kesabaran dan minda. Bukan Nurin sahaja yang terasa,malah suamiku yang tersayang juga turut terasa beban yangku tanggung. Alhamdulilah, kerana suamiku sentiasa memahami keadaan diriku,walaupun terkadang kesian melihat dirinya yang terpaksa menguruskan sendiri keperluan kami berdua.


Sudah beberapa bulan juga nurin tidak ke dapur, malah basuh pinggan sebiji pun tidak tersentuh olehku. Apa yang dipegang semuanya membuatkan Nurin semakin mual dan muntah. Tapi,baru sehari dua ni..Nurin beranikan diri untuk memasak. Walaupun rasa tak yakin boleh lakukan,tapi suami sentiasa mendorong dan memberi semanggat padaku. Suamiku pula meminta masakkan kari ayam,teringgin benar katanya. Bukan tiada di kedai,malahan kedai mamak pasti menghidangkan kari yang jauh lebih lazat dari kari yang Nurin masak. Kesian melihat suamiku, yang benar2 merindui masakkan ku.Alhamdulilah, sabtu lepas berjaya juga akhirnya Nurin masak kari ayam dibantu oleh suamiku. Terharu melihat suamiku makan,bertambah. Petangnya pula suamiku goreng roti prata segera dan dicicah bersama kari ayam tu. Sedap katanya.."pandai isteri abang masak, lepas ni bolehlah masak asam pedas pulak" katanya sambil tersenyum.

(ihsan google)

Allah,banyak pula permintaan suamiku ni..tersenyum Nurin melihat telatah suami, yang sememangnya menanti masa saja, Nurin masakkan asam pedas kegemarannya. Syukur alhamdulilah, suami suka dengan masakan nurin, walaupun tak sedap mana tapi cukup membuatkannya tersenyum sambil memuji. Insyallah semoga Allah sentiasa beri kesihatan pada Nurin untuk meneruskan tanggungjawabku sebagai isteri padanya.


Setiap hari perut Nurin semakin membesar,kadang-kadang tu macam tak percaya ada manusia dalam perut ini. Sungguh takjub betul dengan kejadian yang Allah ciptakan ini, rasa terharu dan bersyukur kerana menjadikan Nurin sebagai wanita,dapat merasai detik-detik untuk bergelar seorang ibu. Setiap saat doaku pohon supaya Allah melindungi anak yangku kandung ini, memberi kesihatan padanya,mengurniakan anak yang sempurna dan pintar,menjadikan dia anak yang baik dan soleh, insan yang mempunyai akhlak dan budi perkerti yang mulia, diberikan keimanan dan kefasihan padanya untuk membaca al-quran dan hadis.


Pengalaman ketika hamil ini, terlalu sukar untuk Nurin gambarkan. Perasaan gembira dan takut semuanya bercampur baur. Yang pasti pada Allah Nurin selalu panjatkan doa,semoga diberi kekuatan untuk menghadapi saat-saat bergelar ibu dan suami sentiasa memberikan sokongan dan semanggat padaku.

Saturday, April 23, 2011

Cerita Baru VS Cerita Lama



Salam...alhamdulilah,dapat juga mencatatkan sesuatu hari ini. sudah lama sangat tidak menulis apa-apa di blog ni, rindu rasanya. Tapi pelbagai perkara yang terpaksa nurin bereskan selepas hari perkahwinan nurin pada Febuari yang lepas. Kesibukan dengan kuliah dan research telah membuatkan nurin tiada kesempatan untuk mengetuk keyboard. Diikuti pula dengan badan yang tidak berapa sihat, dan sampai sekarang masih lagi tidak sedap badan.

Bulan ni nurin sibuk dengan exam, Isnin ini adalah paper yang terakhir. 3 mei ada lagi presentation yang harus dibentangkan. Nurin gagahkan juga untuk semua ini, insyallah semoga Allah sentiasa membantu. Maaf kepada sahabat-sahabat yang sentiasa setia menanti untuk membaca blog ini, kesihatan nurin betul-betul menganggu sedikit kehidupan seharian. Insyallah semoga ianya sementara saja.


Nak cerita sikit, pasal cerita lama..cerita masa majlis perkahwinan nurin yang lalu. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Ramai sanak saudara dan kawan-kawan yang datang memeriahkan majlis perkawinan nurin. Dan yang paling mengharukan sahabatku Ayza datang bersama-sama suami,ismail dan ibunya. Ya, Allah..tak tahu nak cakap apa. Kelu rasa lidah bila melihat mereka dari jauh..sesungguhnya,nurin tak sangka Ayza dapat datang ke majlis perkahwinan nurin. Rasa gembira sangat,sedih..semuanya bercampur baur didalam hati nurin. Tapi nurin rasa terkilan sikit sebenarnya, sebab masa kedatangan Ayza sekeluarga..nurin tak dapat hidangkan apa-apa pun sebab tiada apa yang hendak dihidangkan lagi,semuanya selesai! Terasa malu sangat pada Ayza dan keluarga. Sempat kami bergambar bertiga dengan Ismail, cuma Abg Etuy je yang tiada. Allah kesian abg etuy,yang terpaksa tinggal kerana sesi persekolahannya. Walauapa pun Etuy tetap dalam ingatan selalu.Maafkan nurin sahabatku, diatas segala kekurangan yang tidak dapat dielakkan.



Terima kasih Ayza, sahabatku..kerana meluangkan sedikit masa untuk bertemu dengan nurin,walaupun hanya sebentar. Tapi kenangan itu tetap segar dalam ingatan. Jauh di sudut hati nurin, sentiasa mengucapkan syukur pada Ilahi kerana diberi kesempatan untuk berjumpa dengan insan yang nurin hendak sangat bertemu dengannya.




Ada lagi berita gembira yang hendak nurin kongsikan bersama, Insyallah dengan izin Allah ada insan baru yang akan hadir dalam hidup kami nanti. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.


Buat suamiku tersayang..terima kasih diatas segala pergorbananmu,menjagaku ketika isterimu benar-benar mengharapkan pertolongan. Semoga Allah sentiasa membalas kebaikanmu dan merahmatimu sentiasa.

Thursday, February 10, 2011

Don't let me fall

Wednesday, February 2, 2011

Cinta 2 Febuary


salam..hari ini hari lahir nurin. Alhamdulilah segala puji bagi Allah yang sentiasa memberi kesihatan, rahmat serta kebahagiaan dalam hidup ini. Dengan penuh rasa kesyukuran, nurin panjatkan doa buat arwah ibu yang tersayang semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman..amin.

Terima kasih ibu, kerana tanpamu nurin tak mampu untuk berdiri sehingga ke hari ini. Tanda cinta ibu dan ayah kini masih berdiri berjuang meneruskan hidup ini. Alhamdulilah, cinta ibu dan ayah tidak sia-sia kerana cinta kamu berdua buat nurin rasa bangga memiliki kamu berdua. Walaupun ibu dan ayah pergi meninggalkan tanda cintamu ini, insyallah semoga tanda cinta yang kamu berdua tinggalkan ini akan terus bersinar menerangi hidup ini, menerangi insan lain dan juga alam ini. Semoga juga tanda cintamu akan terus berbakti padamu, hingga akhir hayatku.

Ibu..ayah, tanda cintamu ini akan melangkah ke alam yang sama denganmu dulu. Insyallah, tanda cintaku juga akan menerangi alam ini. Semoga kelak dia menjadi insan yang berakhlak mulia dan menerangi alam ini dengan hidayah dan petunjuk dariNya.

Buat cinta hatiku, terima kasih dengan hadiah pemberianmu itu. Terima kasih Adamku..walau apa pun pemberianmu ianya amat berharga buatku, hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikanmu padaku. Insyallah semoga Hawamu akan menjadi isteri yang taat dan solehah untukmu. Terima kasih cinta...

Monday, January 31, 2011

Sabar menanti..


Salam..setelah sekian lama,di akhir Januari ini baru sempat nurin mengetuk keyboard lappy. Di sini keadaan lembab dan basah sepanjang 2 minggu ni. Nurin baru saja baik demam,setelah hampir 2 minggu juga terpaksa menangung derita..subhanallah semoga Allah ampunkan dosa-dosaku. Walaupun masih berbaki batuk nurin ni,tapi nurin dah bantai sambal belacan kesukaan ku, apa nak buat tekak melayu...kawan-kawan nurin mengusik," kak nurin ni demam pengantin ni" "takpe slim sikit nak kawin" hehehe..ayat sadis tu. Tapi apa boleh buat, itu le gamaknya kalau nak berkawin. Ada saja usikan rakan sana-sini. Yang pasti nurin memang sibuk kerana majlis hanya tinggal 12 hari saja lagi.


Insyallah pada 12 Febuary ini,dengan izin Allah nurin akan disatukan dengan Adam yang Allah ciptakan untuk diri ini. Semoga ikatan perkahwinan yang bakal kami bina ini mendapat redha Ilahi,diberi kebahagiaan dunia dan akhirat..amin. Majlis kendurinya pula pada 13 Febuary, yang akan berlangsung di Melaka di rumah sedara nurin.Insyallah semoga semuanya berjalan lancar hendaknya.


" Awak dah hafal ke camner nak akad?" soalku pada si Adam.

" Tiap-tiap malam saya duk praktis,tapi asyik ingat 80 je" jawab Adamku.

"Insyallah semoga awak ingat pada hari tu" kata hati kecilku.

" Awak dah bersedia ke nak jadi isteri saya?", soal Adamku.

"Insyallah semoga Allah sentiasa bantu saya untuk menjadi isteri yang solehah" bisik hati kecilku.

Si Hawa tak bersuara bukan saja malu tapi si Hawa tu takut, kerana setiap kata-kata kita akan dituntut dikemudian hari kelak. Insyallah semoga si Hawa tu bersedia dari semua aspek.

Di hari-hari akhir sebelum nurin bergelar isteri, pelbagai rasa semua timbul. Hanya Allah saja yang tahu apa yang nurin fikir dan apa yang nurin rasa saat ini. Rasanya bukan nurin sorang kot, Adamku pun mungkin rasa apa yang nurin rasa..semoga Allah permudahkan segalanya untuk kami, doakan kami semoga mahligai yang kami bina ini akan berkekalan hingga akhir hayat, bukan saja di dunia tapi di sana dapat berjumpa kembali..amin amin ya Rab

Sunday, December 12, 2010

Merisik dan Bertunang


Salam..tempoh hari semasa upload gambar negeri cik siti wan kembang tu, sebenarnya nurin ada juga mencatatkan sedikit catatan. Tapi ntah di mana silapnya, terdelete semua catatan tersebut..oleh kerana malas nak menaip semula,hanya gambar sahajalah yang terpampang disitu.


Kebelakangan ini terlalu sibuk..sibuk baru balik dari Kelantan,collect data research di sana.
Lepas tu sibuk dengan majlis risik dan pertunangan. Alhamdulilah..sudah 9 hari nurin bergelar tunangan orang. Syukur ke hadrat Ilahi, majlis sudah pun selesai dan sekarang sibuk dengan persiapan untuk majlis walimahnya pula. Insyallah jika tiada aral melintang hanya tinggal lagi 2 bulan sahaja majlisnya perkahwinan nurin.

Sesungguhnya, jodoh itu datang tanpa kita rancang..tanpa kita duga. Selama ini terlalu "liat" untuk menerima insan yang bernama lelaki dalam hidup ini. Kalau ada pun rasa tidak sesuai itu pasti hadir dalam diri. Bukanlah nurin terlalu memilih tapi soal kahwin ni bukan benda yang mudah dan haruslah di teliti dengan semasak-masaknya. Doa sentiasa di pohon, solat mohon pertunjuk tidak pernah lepas dalam diari hidupku. Alhamdulilah, kini bertemu juga dengan insan yang nurin rasa sesuai untuk bertahta di hati..memiliki dan dimiliki kerana Allah.

Banyak urusan perlu diuruskan, bukan saja perkawinan ini, memandangkan nurin masih lagi kuliah, maka rutinku sebagai pelajar akan tetap diteruskan walaupun kelak nurin akan bergelar isteri. Sudah sampai masanya untuk nurin hidup berdua..insyallah akan bertiga,berempat..dan seterusnya. Rezeki itu milik Allah dan nurin sentiasa bersyukur dengan apa yang Dia kurniakan. Lepas ini, tanggungjawabku makin bertambah..bererti nurin harus menjadi lebih gigih dan sabar dalam menempuhi setiap detik kehidupan, menikmati hari-hari yang membahagiakan dan membentuk peribadi diri yang lebih baik dari semalam. Semalam nurin sendiri..esok lusa nurin akan berdua, maka persiapan mental dan fizikal haruslah ditingkatkan untuk mengharungi hidup yang sentiasa penuh dengan cabaran. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada nurin dalam melayari kehidupan ini.

Monday, December 6, 2010

Negeri Cik Siti Wan Kembang