BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 20, 2009

Karipap punya pasal!


salam,

Dua tiga hari ini, nurin agak sibuk menguruskan banyak hal. Hari ini pun sepatutnya sibuk juga tetapi ada perkara yang tidak dapat dielakkan oleh itu terpaksa ditangguhkan buat beberapa ketika.Hari ahad yang lalu nurin menghabiskan masa di rumah saja. Malah itulah rutin hidup nurin jika tiada kesibukan melanda. Nurin lebih suka duduk di rumah menghabiskan masa dengan membaca.Buku sudah menjadi rutin harian hidup, malah ketika hendak masuk tidur pun nurin masih lagi menatapnya. Sampai selalu ditegur oleh teman kerana membaca buku di dalam gelap. Nak dijadikan cerita, petang ahad yang lalu untuk menghabiskan masa yang terluang selepas solat asar nurin mula ke dapur. Lihat kat dapur ada kentang dua butir yang agak besar dan dalam peti ais masih ada baki daging buat sup 2 minggu yang lepas! Apa lagi ligatlah tangan nurin mengupas kentang dan menghiris daging.

"Hari ini kita buat karipap" detik hatiku sambil tersenyum.

"Simpan dalam peti ais jadi frozen karipap, esok boleh buat sarapan" tambah hati kecilku lagi.

Setelah siap inti dan adunan doh tepung karipap, nurin mula mengelim karipap. Selalunya nurin akan guna tangan saja, kerana lebih selesa dan agak cantik rupanya.Tiba-tiba teman serumah nurin keluar dari bilik dan terkejut melihat karipap tersusun rapi diatas dulang.

"Amboi!kak nurin pandai buat karipap ka? Sya menyoal hairan sambil tersenyum sungging. Nurin tidak membalas jawapannya hanya membalas senyum bersahaja.

"Kak nurin dah boleh jadi ibulah, pandai buat karipap, donut, rajin masak. Dah boleh kawinlah kak nurin!" sambung Sya seakan bercanda.

Apa lagi,berderailah ketawa nurin. Masa kan sudah pandai buat karipap, buat donut, suka memasak maka dudah cukup syarat untuk menjadi isteri dan ibu? Adakah criteria itu sudah cukup untuk menempuh dan bersedia berumahtangga?

Masih terlalu jauh lagi, walaupun umur semakin meningkat dan sepatutnya seusia nurin memang patut sudah timang anak, bukan satu malah mungkin 4!tersenyum nurin bila memikirkan hal anak-anak.Bagaimanalah agaknya nurin menguruskan anak sendiri nanti?. Mesti gawat sekali, maklumlah bila kita sudah terbiasa hidup sendiri tidak punya adik beradik mungkin agak sukar sekali. Dan sampai saat ini pun nurin hanya boleh melihat sahaja tapi melayan karenah anak-anak adalah sesuatu yang diluar jangkaan. Paling lama pun melayan anak kecil setakat 1 jam jer yang nurin pernah lakukan lebih dari itu mulalah pening kepala.

Lucu betul,bila mengenangkan sikap sendiri. Sesungguhnya Allah tahu apa yang Dia takdirkan untuk nurin. Nurin bersyukur kerana diberi peluang seperti ini juga sudah cukup baik, walaupun belum mendirikan rumahtangga seperti teman-teman tapi nurin senang berada dalam keadaan sekarang.Dan impian nurin sekarang ialah hendak melanjutkan pengajian master nurin ke UK. Insyallah nurin masih berusaha untuk mendapatkan tempat dan sponsor untuk ke sana. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala-galanya untuk nurin.

" Kalau tidak dapat ke UK pun takpelah.Nurin akan ke UK juga", itulah yang selalu nurin katakan dengan teman-teman.

" UK kat sini? Ulu Klang ka?" teman-temanku melawak.

" UK Malaysia jer..UKM ler" jawab nurin tersenyum kambing.

Sebenarnya di mana juga sama, ilmu tidak memilih siapa, di mana dan bagaimana. Tapi bagaimana kita mendapatkannya, dengan siapa kita mempelajarinya dan di mana tempat yang selayaknya untuk lebih mendalami dan membuka luas cara kita berfikir.Corak pemikiran manusia ini berbeza dan pendedahan yang lebih global akan dapat membuat kita terus berfikir. Ini adalah satu nikmat kurniaan Ilahi yang diberikan pada manusia. Ilmu yang dipelajari akan menjadikan kita lebih mengenali diri kita dan mendekati Allah pencipta dan pemilik segala ilmu ini. Tidak sedikit pun terkurang hanya Dia milik segalanya.Kalau nak diikutkan apalah sangat yang nak dibangga dengan UK tu tiada satu pun nabi lahir di sana ataupun ahli sufi malah para tabien juga tiada tapi ilmu itu milik Allah walau di mana dan bagaimana hanya Allah saja yang tahu jawapannya.

Cuma nurin berharap walau di mana jua kaki ini melangkah untuk mendapatkan ilmu semoga Allah memberkati ilmu yang nurin pelajari. Dan dapat dimanfaatkan untuk diriku,agamaku,bangsaku dan juga tanah airku. Cinta nurin pada ilmu jika nak dibandingkan dengan manusia ilmu itu perkara no 1 yang akan bertahta di hati nurin. Maka tak hairanlah kalau masih hidup sendiri!Tiada ada yang lebih baik hanya doa yang nurin selalu panjatkan mudah-mudahan kejayaan akan selalu menjadi milik kita semua, untuk islam yang tercinta. Ini semua ujian Allah, semuanya ada ujian tersendiri yang harus kita hadapi dengan hati yang redha. Berkahwin atau tidak bukan itu masalahnya. Kerana berkahwin mempunyai ujian tersendiri, tidak berkahwin pun merupakan satu ujian juga.

Maka teman-teman kat luar sana janganlah bimbang, kalu yang belum berkawin tu boleh jer nak buat karipap, donut. Buatlah banyak-banyak mana tau boleh buat berniaga frozen food, jadi usahawanita yang yang berjaya dan hasilnya bukan untuk diri dan keluarga saja tapi boleh buat amal jariah tambah-tambah saham untuk tiket ke surga :) insyallah.

Wednesday, November 18, 2009

Cinta tak direstui

Malam ini ku lihat bulan
Tak terjatuh lalu terurai
Bimbang hati apa yang harus
Ku lakukan

Hari ini aku putuskan
Untuk jauh ku langkahkan kaki
Untuk pergi dari dirimu

Biarkanlah kan kubawa
Sejuta harapan yang indah
Yang pernah kita lalui
Saat bersama
Ku harap kau bisa mengerti
Cinta kita tak direstui
Malam ini harus
Rela ku pergi

Maafkanlah kekasih
Ku harus tinggalkanmu
Meski ku tahu ini menjadi
Kau sakit hati

Relakanlah kekasih
Tutup air matamu
Semua ini aku lakukan
Untuk kebaikanmu

Dengarkanlah kekasih
Ku harus tinggalkanmu
Meski ku tahu ini menjadi
Kau sakit hati
Relakanlah kekasih
Tutup air matamu
Semua ini aku lakukan
Untuk kebaikanmu"

Monday, November 16, 2009

Umar Bin Abdul Aziz

salam,

Pada malam sabtu yang lepas nurin bersama seorang sahibah dan anak-anaknya pergi ke masjid Putrajaya. Tujuan kami ke sana ialah hendak mendengar ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Darus Senawi. Nurin tidak pernah mengenali ustaz ini tetapi menurut sahibah yang bersama nurin itu mengatakan cara penyampaian ustaz ini sangat bagus dan sekaligus nurin teruja untuk pergi menambah ilmu yang masih cetek ini. Sesampai di sana kami usai solat isyak. Anak-anak sahibah yang masih kecil turut ikut solat walaupun terkadang agak melucukan. Begitulah kalau ada anak-anak, detik hati nurin setelah bersolat. Melihat mereka riang berlari menuju ke tempat ceramah membuatkan nurin sedikit cemburu kerana seusia yang muda begitu tarbiyah ummi dan abi mendedahkan cara hidup islam yang sepatutnya disemai pada anak-anak telah pun menjadi agenda dalam kehidupan mereka. Yang kecil memegang tangan ibunya sambil berkata riang " umah Allah" terdengar ayat pelat dari mulut saffiya.

" Saffiya suka ke datang umah Allah?" umminya mengusik.

" Suka! Piah suka umah Allah" begitulah anak kecil yang baru berusia 2 tahun lebih, yang masih lagi memakai diapers tetapi sudah tahu dan mengenali rumah Allah.

Cubalah lihat si kecil mengetahui rumah Allah, si kecil tahu adap ketika di masjid. Tudung tidak lepas dari kepala dan bersolat bersama-sama walaupun hanya sujud yang entah berapa kali dilakukan. Tapi hakikatnya, ramai manusia di luar sana kadang-kadang tidak suka ke masjid malah tidak mahu ke rumah Allah yang tercinta ini.

Hari ini nurin nak kongsi bersama teman-teman apa yang nurin dapat dalam kuliah pada hari tersebut. Ianya mengenai Umar bin Abdul Aziz. Mungkin ada teman2 yang tidak tahu atau yang sudah tahu mungkin boleh menambah atau menegur kalau artikel ini terkurang atau tersalah menceritakan sejarah seorang khalifah yang unggul ini. Ustaz Darus mengatakan dia sedang menterjemah buku mengenai kisah Umar Abdul Aziz dan terkadang bila dia menterjemahkan dia hendak menitis airmata mengenangkan kehebatan seorang pemimpin agung yang pimpinan dan perjuangannya hanya demi Allah dan kerana Allah.

Seperti yang diceritakan oleh Ustaz Darus, Khalifah Umar Abdul Aziz, dilahirkan pada 510-597 di Mesir. Beliau mempunyai cara pimpinan yang sangat hebat sehingga dikatakan oleh ulama-ulama fuqaha beliau adalah khalifah yang ke lima. Beliau sangat menjaga setiap perbuatannya, setiap tindak tanduknya, setiap apa yang disebut dan keputusan yang diberikan ketika membuat pertimbangan semasa perbicaraan. Umar Abdul Aziz ini adalah dari susur galur Khalifah Umar Al-Khattab. Perkara pertama yang dilakukan oleh Umar ketika sudah dilantik menjadi khalifah ialah diberi tempat tinggal di dalam istana yang diduduki oleh selayaknya sebagai khalifah yang diwarisi dari khalifah sebelumnya iaitu Sulaiman Bin Abdul Malik. Setelah menjejakkan kaki kedalam istana yang gah itu dia telah mengarahkan pembesarnya untuk menjual kenderaan khalifah dan duitnya diberikan pada Baitulmal,seterusnya dia berjalan lagi dan melihat banyaknya langsir-langsir yang mewah dan berlapis-lapis.Dan sekali lagi dia mengarahkan kepada orang bawahannya untuk menjual semua langsir tersebut dan duitnya diserahkan pada baitulmal. Apabila Umar sampai ke bilik tidurnya dan membuka almari yang mengandungi banyak baju khalifah yang indah-indah begitu jugalah perbuatannya meminta baju itu dijualkan dan duitnya diserahan pada baitulmal! Lihat betapa hebatnya Umar ini kerana beliau terlalu menjaga harta rakyat dan perbuatannya itu melambangkan dia tidak berminat dengan harta dunia yang tidak sepatutnya menjadi haknya dan bermegah-megah dengannya.

Pernah suatu ketika isterinya Fatima binti Abdul Malik memakai barang kemas permata yang jarang sekali dapat ditemui sepelusuk dunia, tersangat cantik dan tinggi nilainya. Umar telah mengatakan dengan tegas pada isterinya:

" sekiranya kau memilih aku maka tanggalkan barang kemas itu dan serahkan pada baitulmal kerana aku tidak suka orang bermegah-megah serta menggunakan harta yang bukan miliknya. Maka pilih antara dua aku atau barang kemas itu?" desak Umar.

" sekiranya kau ingin memiliki barang kemas itu maka akan ku hantar kembali kau ke rumah orang tuamu" begitulah tegasnya Umar kerana menjaga haq dan harta rakyatnya dan dia sekali-kali tidak memberi izin menggunakan sesuatu harta yang bukan miliknya.

Diceritakan lagi, Umar sangat mengenali seluruh rakyatnya sama ada yang berada di Mekah, Madinah dan beberapa tempat lain yang berada di dalam taklukannya. Pernah suatu ketika umat islam hendak keluar berperang maka dia teringatkan seseorang yang akan ikut berperang pada saat itu. Maka diutuskan orang suruhan untuk menyampaikan amanatnya.Sesampai sahaja utusan itu kepada penerima maka utusan itu pun membacakan amanat dari Umar, yang berbunyi kalau tidak silap nurin begini:

" Sesungguhnya pecat orang yang akan pergi berperang ini kerana kehadirannya akan menyebabkan umat islam akan kalah dalam peperangan ini kerana dia adalah dari keturunan Ats-Tsaqafi" sebegitu sahaja surat dibaca maka orang itu pun dipecat dan pergi menghilangkan diri. Umar menyampaikan begitu kerana orang itu mempunyai keturunan sama dengan Al-Hajaj bin Yusuf, gabenor yang sangat zalim yang telah banyak membunuh orang-orang islam.

Kalau diperhatikan di sini, Umar telalu sensitif dengan apa yang dilakukan sehingga keturunan juga penting baginya untuk menegakkan syiar islam. Dia tidak semudah itu membiarkan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku di zaman pemerintahanya. Dan banyak lagi diceritakan mengenai surat-surat gabenor kepada Umar dan begitu juga surat-surat Umar menyelesaikan segala masalah rakyatnya. Walaupun Umar tidak suka kepada Al-Hajaj yang hidupnya banyak melakukan perkara-perkara bidaah dan juga telah banyak membunuh umat islam seperti beberapa sahabat nabi dan para Tabe'in tetapi dia tidak pernah mencelanya seperti rakyatnya memaki hamun Al-hajaj ini. Sungguh pun Al-hajaj ini sangat zalim, tapi Umar juga ada mengagumi perbuatan Hajaj kerana dia sangat menyintai al-quran dan setiap tiga hari sekali dia akan qhatam quran.

Lihatlah betapa indahnya keperibadian Umar, dia menegakkan yang haq dan sentiasa menjaga serta bersikap adil pada rakyat-rakyatnya. Allah! hebat sungguh pemimpin ini, begitulah detik hati nurin ketika itu. Kadang-kadang kita hanya mengenali namanya, dan kalau tahu hanya sekadar tahu sahaja tetapi tidak mahu melihat apa yang dilakukan oleh Umar, bagaimana corak pimpinannya. Sesungguhnya memang selayaknya dia digelar sebagai khalifah yang ke lima.

Lihatlah teman, memimpin bukan bererti harus menjadi raja, memimpin bukan bererti kita harus jadi ketua tetapi lihat contoh anak-anak sahibah yang nurin ceritakan tadi. Pimpinan ibu dan ayah amat berguna walau hanya selangkah dia baru mengenali rumah Allah, adakah itu bukan pimpinan yang hebat? Pimpinlah diri kita supaya kita boleh memimpin orang lain yang berada di sekeliling kita seiring ke arah jalan agama yang benar ini dan jadilah seperti Umar walaupun tidak sehebatnya, jangan sesekali kamu mengambil haq orang lain dan jangan bermegah-megah dengannya. Jadilah seorang yang amanah bila diberikan kuasa dan harta sesungguhnya kelak kamu akan di soal walaupun sesen harga yang telah kau gunakan yang bukan milikmu!

Thursday, November 12, 2009

Hati menangis rindu

Salam..dalam beberapa bulan ini hati nurin terasa rindu dengan arwah ibu.Lebih-lebih lagi bulan ini adalah tarikh pemergiannya. Sudah 14 tahun dia pergi meninggalkan anaknya ini tapi ubat rindu masih jua tidak ketemu. Setiap kali rindu itu datang memuncak airmata dan doa sahaja yang dapat nurin panjatkan untuknya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama orang-ornag yang soleh. Masa kecil dulu kalau orang bertanyakan tentang ayah dengan selama jer nurin akan menjawab "ayah dah takde, dah lama meninggal" sedikit tiada nada kesedihan di situ.Bukan kerana tak sayang, tapi ayah pergi ketika itu nurin terlalu kecil untuk mengetahui erti sedih dan duka. Malah belum mengerti apa itu kematian. Seusia 2 tahun, nurin sudah pun bergelar yatim dan sekali lagi ujian hebat untuk nurin ketika berjuang di dalam medan peperiksaan SPM ibu pula pulang untuk selamanya.Allah!!

Apakan dayaku untuk berkata ketika itu. Hanya airmata yang berhari2 bercucuran tanpa henti. Kini gelaran itu bertambah menjadi yatim piatu. Sesungguhnya Allah menyayangi mereka lebih dari nurin anaknya. Pemergian ibu memberi kesan besar buat nurin, hidup berkelana sendirian adalah cabaran yang sangat besar. Tetapi sesungguhnya Allah tidak pernah sesekali membiarkan hambanya. Sungguh hebat kuasaNya..kerana keyakinan yang tinggi alhamdulilah perjalanan itu sentiasa dipimpin oleh Allah.

Dan sehingga hari ini, nurin tidak pernah berhenti berjuang untuk meneruskan kehidupan. Maka berbahagialah teman-teman yang masih mempunyai kedua ibubapa. Jagalah mereka, sayangi mereka, hargai mereka, beri perhatian sepenuhnya kerana mereka adalah segalanya. Tanpa mereka mana mungkin kita dapat melihat alam ini. Mereka berjuang untuk membesarkan kita tanpa keluh dan kesah. Walaupun terkadang ada juga ibubapa yang tidak menghargai anak2 mereka, tetapi ingatlah anak tetap bergelar anak kepada seorang ibu dan ayah. Seburuk mana pun kedua orang tuamu, terimalah seadanya sesungguhnya itu ujian untukmu supaya menjadi orang yang lebih sabar. Dan anggaplah semua itu hanya sebahagian dari ragam manusia yang Allah ciptakan di dunia yang fana ini. Doakan mereka semoga hidayah akan megetuk pintu hati walau sekeras mana pun hati itu. Dan jangan sesekali kamu menderhakai mereka. Ingatlah pesanku ini teman2 semua, selagi ada hayat kedua ibubapamu jangan sesekali kamu meninggikan suaramu. Kerana pernah didepan mataku ini menyaksikan kederhakaan anak pada ibunya sehingga mengangkat parang untuk menetak ibunya yang telah tua. Akhirnya apa terjadi pada anak itu? sekarang dia berjalan kehulu ke hilir di tepi jalan tanpa kasut, tanpa selipar. Bercakap sendiri sambil menghayun parang kadang-kadang tanpa baju di badan.

Allah sesungguhnya, Kau Maha mengetahui apa yang berlaku. Segalanya Kau susun untukku mengikut kemahuan dan kehendakMu. Aku hanya hambaMu yang terkadang berhati pilu, sedih berlagu rindu tapi ya Allah aku terima apa saja yang ketentuanMu. Sesungguhnya aku yakin padaMu melebihi segala-galanya.

"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu".

Fussilat:30

Monday, November 9, 2009

Sahabatku, rezeki ada di mana-mana

salam, buat teman-teman nurin sudah terlalu lama tidak mencoretkan apa-apa di sini. maklumlah,hidup kita terlalu banyak komitmen yang terkadang buat kita terlupa sebentar ada sesuatu yang perlu kita selesaikan. Alhamdulilah sekembalinya ke tempat asal setelah lama berhijrah ke bumi Sabah yang tidak pernah luput dari ingatan. Banyak pengalaman dan kenangan indah bersama teman-teman dalam melayari kehidupan seharian.

Hari ini walaupun nurin agak sibuk, tapi hati ini tercuit rasa untuk meluahkan sesuatu yang mungkin dikalangan kita kadang-kadang selalu memperkatakannya. Walaupun nurin masih baru lagi dalam penulisan blog ini, tapi diharapkan pandangan dan sedikit ilmu ini dapat kita kongsikan bersama. Perkara ini pernah nurin bincangkan dengan beberapa orang teman dan juga sahibah2. Alhamdulilah walaupun tidak sehebat mana tulisan nurin di sini, tapi diharapkan dapat memberi manfaat yang berguna serta memberi kesedaran pada diri kita yang selalu lupa dengan kekuasaan Tuhan.

Dalam perjalanan hidup ini, kita selalu mengaturkan diri kita dalam melakukan apa-apa jua. Sedari kecil lagi sememangnya kita telah dilatih merancang setiap apa yang hendak kita lakukan. Sehingga kita merancang apa yang dicita-citakan. Guru di sekolah selalu bertanya, apa cita-cita anda bila dah besar nanti? Maka pelbagai watak akan terkeluar dari mulut kita ketika itu. Ada yang nak jadi guru, askar, bomba, doktor dan sebagainya.Tetapi diketika itu kita tidak mengerti bahawa segala hajat dan cita2 tidak semestinya akan berlaku seperti apa yang kita harapkan. Tapi hakikatnya sebenarnya adakah itu yang kita ingin miliki?

Persoalan itu akan wujud setelah kita mula mengerti kehidupan ini. Setelah jauh perjalanan dan pengalaman yang kita lalui di dunia ini. Kerana kehidupan ini kita sedari bukan hanya untuk dunia saja seperti yang kita cita2kan sebelumnya. Cuba kita fikir balik, adakah semua yang kita hajati telah dapat kita capai tak kiralah dalam kerjaya, dalam perkahwinan, kehidupan yang kita harapkan dan sebagainya. Tetapi kita masih mengharap dan merancang yang terbaik untuk diri kita. Sememangnya kita perlu bersedia dan membuat perancangan di dalam hidup kita. Tetapi ingatlah teman-temanku yang nurin kasihi, apabila perancanganmu tidak seperti yang kau harapkan maka bersabar sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perancang. Dia Maha mengetahui apa yang terbaik untukmu. Semuanya berlaku dengan izin Allah tanpanya tak mungkin kita masih berdiri lagi di sini memegang jawatan yang tinggi,menjadi isteri yang dikasihi suami,berbangga menjadi seorang ibu kepada cahaya mata tercinta. Tetapi jika apa yang seperti kita harapkan tidak kesampaian, tidak seperti apa yang diangan-angankan, oleh itu hendaklah kita berlapang dada. Maka Redhalah dengan apa yang kau miliki kerana sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untukmu. Maka benarlah seperti firman Allah:

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui

Al-Baqarah:216

Ingatan ini bukan hanya untuk teman-teman tapi untuk diriku yang daif ini yang selalu terlupa dengan kekuasaan Allah, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Kerana sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang Allah berikan pada kita tapi kita tidak pernah sedari.