BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 12, 2010

Merisik dan Bertunang


Salam..tempoh hari semasa upload gambar negeri cik siti wan kembang tu, sebenarnya nurin ada juga mencatatkan sedikit catatan. Tapi ntah di mana silapnya, terdelete semua catatan tersebut..oleh kerana malas nak menaip semula,hanya gambar sahajalah yang terpampang disitu.


Kebelakangan ini terlalu sibuk..sibuk baru balik dari Kelantan,collect data research di sana.
Lepas tu sibuk dengan majlis risik dan pertunangan. Alhamdulilah..sudah 9 hari nurin bergelar tunangan orang. Syukur ke hadrat Ilahi, majlis sudah pun selesai dan sekarang sibuk dengan persiapan untuk majlis walimahnya pula. Insyallah jika tiada aral melintang hanya tinggal lagi 2 bulan sahaja majlisnya perkahwinan nurin.

Sesungguhnya, jodoh itu datang tanpa kita rancang..tanpa kita duga. Selama ini terlalu "liat" untuk menerima insan yang bernama lelaki dalam hidup ini. Kalau ada pun rasa tidak sesuai itu pasti hadir dalam diri. Bukanlah nurin terlalu memilih tapi soal kahwin ni bukan benda yang mudah dan haruslah di teliti dengan semasak-masaknya. Doa sentiasa di pohon, solat mohon pertunjuk tidak pernah lepas dalam diari hidupku. Alhamdulilah, kini bertemu juga dengan insan yang nurin rasa sesuai untuk bertahta di hati..memiliki dan dimiliki kerana Allah.

Banyak urusan perlu diuruskan, bukan saja perkawinan ini, memandangkan nurin masih lagi kuliah, maka rutinku sebagai pelajar akan tetap diteruskan walaupun kelak nurin akan bergelar isteri. Sudah sampai masanya untuk nurin hidup berdua..insyallah akan bertiga,berempat..dan seterusnya. Rezeki itu milik Allah dan nurin sentiasa bersyukur dengan apa yang Dia kurniakan. Lepas ini, tanggungjawabku makin bertambah..bererti nurin harus menjadi lebih gigih dan sabar dalam menempuhi setiap detik kehidupan, menikmati hari-hari yang membahagiakan dan membentuk peribadi diri yang lebih baik dari semalam. Semalam nurin sendiri..esok lusa nurin akan berdua, maka persiapan mental dan fizikal haruslah ditingkatkan untuk mengharungi hidup yang sentiasa penuh dengan cabaran. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada nurin dalam melayari kehidupan ini.

Monday, December 6, 2010

Negeri Cik Siti Wan Kembang



Sunday, October 10, 2010

Cinta Kerepek Pisang!


Salam…kalau cakap berkenaan dengan masa memang sesungguhnya Nurin pada masa ini tersangat busy dengan buku-buku dan assignment yang berlambak-lambak. Tapi semalam, sesuatu telah mencuit hatiku. Kerepek Pisang!!! Sesungguhnya nurin memang suka makan kepek pisang…dan juga kepek ubi, dari makan junk food yang diawet yang tidak berkhasiat langsung.


Memang sesungguhnya kepek pisang adalah yang best sekali bila melayan kebosanan bila membaca buku…kepek pisang memberi sumber inspirasi lebih-lebih bila melawan tahap kemenggantukan yang teramat dahsyat. Oleh kerana Nurin tidak minum segala air yang berkafein…maka kaedah itu tidak berjaya membuatku berjaga malam.


Yang mencuit hatiku, ialah si pemberi kepek pisang itu sebenarnya…macam tahu-tahu jer nurin suka makan kepek pisang. Agaknya memang ada cop kepek pisang kat muka nurin kot??...kepek pisang kali ini sangat unik dan mencuri hatiku, bukan saja pemberi kepek yang membuat dan membungkusnya sendiri tetapi, telah menyerahkan kepek kesukaanku itu dengan tangannya sendiri…sungguh terharu! Terharu dengan keikhlasan dan kesanggupannya menghantarkan padaku….alhamdulilah, terima kasih kerana pemberian kamu sangat berharga dan ternilai sekali buatku, walaupun hanya sebungkus kepek pisang…yang mungkin pada insan lain tiada erti pun. Tapi tidak padaku…nurin sangat-sangat menghargainya.


Terima kasih wahai teman…terima kasih ingatan yang ikhlas dan kesungguhanmu itu…semoga Allah membalas segala pemberianmu, meluaskan rezekimu..dan di selamatkan dunia dan akhirat. Hanya doa yang mampu aku panjatkan untuk kepek pisang mu itu. Dek kerana terpegun dengan pemberiannya itu…dari malam tadi nurin tak sentuh pun kepek pisang tu. Tak sampai hati pulak nak buka dan makan…:) sayang nak mengoyakkan plastik yang betul-betul macam beli kat kedai. Wah! Melampaunya...hehehe

Saturday, October 9, 2010

Youve Got The Friend



When your down and troubled
And you need a helping hand
And nothing, whoa nothing is going right.
Close your eyes and think of me
And soon I will be there
To brighten up even your darkest nights.

You just call out my name,
And you know whereever I am
I'll come running, oh yeah baby
To see you again.
Winter, spring , summer, or fall,
All you have to do is call
And I'll be there, yeah, yeah, yeah.
You've got a freind.

If the sky above you
Should turn dark and full of clouds
And that old north wind should begin to blow
Keep your head together and call my name out loud
And soon I will be knocking upon your door.
You just call out my name and you know where ever I am
I'll come running to see you again.
Winter, Spring, summer or fall
All you got to do is call
And I'll be there, yeah, yeah, yeah.

Hey, ain't it good to know that you've got a friend?
People can be so cold.
They'll hurt you and desert you.
Well they'll take your soul if you let them.
Oh yeah, but don't you let them.

You just call out my name and you know wherever I am
I'll come running to see you again.
Oh babe, don't you know that,
Winter Spring summer or fall,
Hey now, all you've got to do is call.
Lord, I'll be there, yes I will.

You've got a friend.
You've got a friend.
Ain't it good to know you've got a friend.
Ain't it good to know you've got a friend.
You've got a friend.

*James Taylor*

To all my good friends...i really miss u all, especially my dear Ayza...miss u so much *hugs and kisses*


Friday, September 3, 2010

3 September

salam....
Seminggu dua ini Nurin terlalu sibuk dengan mid term exam. Alhamdulilah, baru saja petang tadi selesai untuk paperku yang pertama.Walaupun banyak membaca sehingga sakit kepala, tapi soalannya tetap sukar bagi Nurin. Bukan saja Nurin yang terasa, malah kakak-kakak dan abang-abang yang mengambil PHD juga megeluh hal yang sama. Allah... rasa semuanya sudah Nurin buat. Hanya Nurin bertawakal kepada Allah, semoga keputusan yang terbaik untukku. Hari ini 3 September...hari lahir arwah ibuku. Kalau ibu masih ada, umurnya sudah pun menjangkau 65 tahun. Kalau ibu ada di saat ini, hari-hari terakhir untuk menyambut alidil fitri ini dialah yang sibuk. Bukan sibuk apa, sibuk suruh buat baulu, kuih kering dan satay kegemarannya.

Kalau dulu masa Nurin masih kecil, Nurin selalu menolong ibu di dapur. Semenjak di tingkatan 2 lagi memang kerja membakar baulu menggunakan dapur arang menjadi rutin kebiasaanku. Mula-mula tu merunggut juga bila disuruh sebab Nurin tak reti tapi lama-lama sudah menjadi kebiasaan dan keseronokan mula terasa. Tanggungjawab menganyam ketupat, mengisi beras dan merebus sehingga selesai semuanya diberikan bulat-bulat dibahu Nurin saat itu. Ibu sudah tidak ambil pusing lagi sebab sibuk menguruskan hal-hal lain yang lebih rumit yang pasti Nurin tidak boleh lakukan.

Terasa rindu bila ibu mula membebel sebab ada baulu terhanguslah, ketupat lambat anyamlah...kerana bila dah penat Nurin selalu berhenti dan pergi menonton tv. Lucu betul kalau diingatkan, mana tidaknya sambil bakar baulu boleh lari sekejap melihat program yang ditayangkan di televisyen. Alamatnya...hangus hitam berkilat ler baulu di dapur. Setiap kali puasa ibu memang tidak lepas memasak makanan kegemaranku...asam pedas ikan parang...Nurin kalau dapat lauk ni memang banjir nasi. Teringat pada kata-kata arwah Pak Long Nurin..." Mak eii! tengok budak ni makan macam itik menyudu " arwah Pak Long akan ketawa sambil memberitahu isterinya. Allah...semua insan yang Nurin sayang, semuanya telah tiada. Arwah Pak Long pergi dahulu sebelum ibu..4 bulan kemudian ibu pula menyusuli abang yang tercinta. Itulah dugaan yang Nurin rasa terlalu sedih dan perit untuk ditelan. Tapi Allah lebih menyayangi mereka. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh-roh mereka...amin.

Di malam-malam akhir ramadhan ini, marilah kita sama-sama beramal dengan lebih tekun dan bersungguh-sungguh lagi. Semoga kita mendapat rahmat dan keberkatan di malam Lailatul qadar yang rahmatnya bersamaan dengan seribu bulan. Insyallah, Nurin dan kita semua pasti menanti saat dan detik ini semoga Allah sentiasa memberi peluang dan kesempatan pada kita kerana yang pasti kita tidak tahu adakah ramadhan kali ini adalah yang terakhir buat kita. Maka rebutlah peluang keemasan ini kerana ganjarannya seperti manusia yang berusia 83 tahun yang hidupnya beramal dan beribadah kerana Allah, tidak berbuat maksiat,tidak menyekutukan Allah. Adakah kita sempat untuk mencapai ke usia itu??? Kalau sudah pun mencapainya, adakah kita pasti mendapat rahmat seperti yang dinyatakan?? Wallahu'alam..sesungguhnya Allah lah yang lebih mengetahui akan kebenaran. Sesungguhnya Dialah yang Maha mengetahui yang ghaib dan yang tersembunyi. Tiada daya dan kekuatan kita jika bukan dengan izin dan rahmat Allah S.W.T .

Wednesday, August 25, 2010

Pertengahan Ramadhan

Salam...Allahuakbar, tanpa kita sedari dah masuk pertengahan ramadhan umat islam menunaikan ibadah puasa. Alhamdulilah, dengan berkat kesabaran dan rahmat di bulan yang mulia ini kita dapat menunaikan ibadah, dengan suasana yang aman dan tenteram di negara tercinta ini. Walaupun harga barang semakin meningkat, tapi tidak menjadi masalah atau kekhuatiran yang terlalu serius. Begitulah hakikatnya, saban tahun yang kita hadapi bila menjelang musim perayaan. Harga barang naik melambung-melambung. Tapi pengguna terpaksa juga membeli kerana barangan yang digunakan merupakan keperluan hidup yang perlu dipenuhi. Kita di Malaysia ini masih lagi beruntung, dalam kemelesetan ekonomi kita masih boleh hidup mewah dan boleh dikatakan agak senang. Jika hendak dibandingkan dengan negara-negara Asia yang lain..mungkin kita ini digologan yang bernasib baik. Seharusnya kita bersyukur kerana nikmat yang Allah kurniakan ini, adalah keagunganNya dan rahmatNya yang tidak terhingga.

Di Mesir sekarang, keadaan ekonomi yang tidak menentu sehingga baru-baru ini Nurin ada terbaca di akbar yang menyatakan bekalan gandum tidak mencukupi di sana. Harga gandum naik berlipat kali ganda kerana kekurangan bekalan. Pembekal gandum ketiga dunia iaitu Rusia tidak lagi mengesport gandum ke negara-negara seperti Mesir yang menjadikan roti sebagai makanan ruji kerana mengalami musim kering yang serius sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Rusia telah mengharamkan pengeskportan sementara untuk memastikan bekalan makanan dalam negaranya mencukupi sehingga musim yang seterusnya. Tidak dengan dugaan bekalan makanan yang tidak mencukupi masalah air dan elektrik juga turut dialami rakyat di sana. Itu baru Mesir, belum lagi negara-negara lain seperti Palestin, Pakistan... yang kita sudah sedia maklum akan kehebatan ujian buat mereka. Sesungguhnya, walau apa pun dugaannya, walau apa pun masalahnya kita haruslah terima dengan hati yang tenang.




So,dalam bab membeli belah ni kita haruslah berfikir panjang sebelum membeli, lebih-lebih lagi hari raya yang kian menjelang hanya tinggal lebih kurang 2 minggu lagi. Berbelanja dengan berhemah...bukan hanya berjimat saja. Di dalam keadaan meleset ini sebenarnya kita digalakkan berbelanja kerana ianya dapat merangsang pertumbuhan ekonomi dengan menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi seperti berjual beli ini. Tetapi bukanlah sifat boros yang diutamakan...rancanglah setiap pembelian supaya segala sumber yang terhad digunakan dengan sebaik-baiknya untuk kesejahteraan hidup kita.

Monday, August 2, 2010

Lesen Oh! Lesen

Baru- baru ni nurin sempat pergi belajar memandu..ehem2! dah tua baru sibuk nak ambil lesen. Apa nak buat dulu2 masa nak ambil lesen accident pula. Semenjak dari hari itu nurin terpaksa membatalkan hasrat nak ambil lesen sebab takut mengatasi segala-segalanya. Mana tidaknya, pengalaman itu membuatkan nurin rasa serik untuk naik motor mahupun kereta. Kejadian itu walaupun telah lama tapi fobianya masih terasa, apa tidaknya nurin tidak dapat berjalan selama 2 bulan. Hampir 4-6 bulan barulah nurin boleh berjalan dengan betul dan stabil. Tapi nurin bersyukur kerana Allah masih memberi peluang pada nurin untuk meneruskan kehidupan ini.


Walaupun sudah tahu bawa kereta dan motor jenis auto, tapi nurin masih belum mempunyai lesen. Itulah masalahnya..dan masalah yang berat bila dah mula belajar ni, memang nurin perlukan kenderaan untuk bergerak. Maklumlah ukm ni luas, dan nak bergerak ke mana2 menggunakan bas universiti ni memang satu penyeksaan. Penyeksaan menunggu..penyeksaan kalau bas tu tak lalu kat kawasan tu..apa lagi jawabnya menapak sampai basah lencun baju dibuatnya. Minggu2 awal ini betul2 menguji kesabaranku, menguji dan teruji. Tapi alhamdulilah, nurin lalui dengan sabar dan tabah. Mahu berjaya bukan mudah..tak semudah menyuap nasi di mulut, itu pun masih ada yang tidak mampu melakukan dengan sempurna. Semuanya atas kuasa Allah..kita sabar atau tidak dengan dugaan yang Allah beri. Alah sikit jer ni bisik hatiku..paling2 pun kalu jalan kaki peluh jer, paling2 pun penat jer..paling tidak pun kulit putih ni akan bertukar warna..paling abis nurin akan demam berminggu2 le jawabnya, sebab tak tahan panas. Baru jer baik demam minggu lepas, batuk sampai termuntah2 tapi takpe..Allah tahu niat nurin, harus sabar..harus redha.


" Cikgu, saya semua ok je, tapi tang naik bukit ni..lemah sikit" bicara nurin tempoh hari pada cikgu memandu.

" Takpe, boleh tu. Yang penting awak berani jer. Bukan susah pun, main cluth dan minyak.Pastu jalan ler.." Cikgu Mat bersuara.

Mataku meleret memandang cikgu mat. Senang tul cakap, ialah cikgukan..nurin anak murid kenalah dengar cakap. Masa cikgu mat berhenti rehat, nurin cakap sendiri dalam kereta.." apalah nurin takan bukit pun takut, sikit jer tu mesti boleh..alah kereta. Tapi, aku dah lama tak bawa kereta! kang tersidai kereta ni kat bridge ni kang, baru padan muka aku..huhu. Tapi, kalau takut bila nak pandai?? kalau takut siapa nak drive nurin pergi kerja??? kalau takut boleh selesai ke masalahnya???? tak boleh jadi ni....dengan berbekalkan keyakinan yang kuat, hari tu nurin naik bukit dengan excellentnya tanpa rasa takut. Takut semua nurin masuk dalam poket.


Lepas tu nurin mula bawa kereta ke jalan raya...lagi satu hal. Dah lama tak memandu, dengan rasa fobianya buat berani je redah jalan raya. Nasib cikgu mat ada kat sebelah..tapi alhamdulilah semuanya berakhir dengan baik sekali. Dan senyum nurin hari tu makin meleret bila lulus QTI test..

" hah! 11 haribulan ni jangan lupa test jpj tau, datang cepat" cikgu mat memperingatkan.

" Emmm oklah cikgu, tapi nurin nak buat sesi ke tiga tau, pagi ada kelas" balasku pendek.

Boleh pulak main request2 ni. Lucu juga bila nurin fikirkan. Macamlah jpj tu sedara mara nak tunggu nurin. " Tapi jalan lewat tau, nanti kalau lewat terbatal. Kena bayar lagi" cikgu mat menambah.

"Eh!cikgu, 11 ni kita puasalah...nur tak kisah pun kalau bulan puasa ni, tapi orang time2 puasa ni cepat marah, nanti tak pasal2 pakcik jpj tu gagalkan saya!". Wah! melampau betul sampai ke situ nurin fikir, apa lagi cikgu mat dengar pun ketawa berdekeh2. Tak professional langsung!

Hari-hari sibuk yang nurin lalui sepanjang bergelar siswazah ini sangat memenatkan. Mana nak baca buku, nak baca jurnal, nak buat slide show untuk presentation, mana ada discussion lagi, lepas tu ada projek paper yang hendak difikirkan proposal papernya, dengan nak ambil lesen! ya Allah penatnya otak nurin nak fikir..bukan otak saja badan ni pun dah penat sangat. Tapi bila fikirkan balik, apalah sangat penat nurin ni. Penat lagi orang yang sudah berkeluarga, balik nak masak, balik nak uruskan anak2, suami...nak kemas rumah, nak belajar lagi...semuanya mereka masih mampu aturkan dengan baik sekali. ALLAH...apalah nurin ni sikit2 nak mengeluh. Ada orang yang lebih penat dariku..ada orang yang lebih sibuk dariku, tapi mereka tidak bersuara sekecoh aku!